5 Tips Elak Penipuan Jual Beli Emas!


Dalam keghairahan melabur emas, sebenarnya terlalu banyak kes penipuan dalam urusan jual beli emas, especially urusniaga melalui facebook! Itulah pemerhatian Amir. Sebab tu Amir tak syorkan orang terlibat dengan emas buat belian PERTAMA melalui facebook.

Kelebihan membeli emas melalui facebook (secondary market) ialah mungkin kita dapat harga lebih murah daripada harga pasaran (primary market) sebab kebanyakkan penjual adalah penjual individu,  bukan dealer. Tetapi silap hari bulan, duit kita boleh lebur! Mengharapkan untung secupak, tapi akhirnya terpaksa rugi segantang…
Selain daripada penipuan, kekurangan membeli emas melalui facebook ialah anda melabur tanpa BIMBINGAN yang betul, di mana Amir nampak, dealer yang berpengalaman jer yang boleh bagi bimbingan yang tepat. Tanpa bimbingan yang tepat, duit yang anda nak labur boleh jadi lebur! 

Kesilapan Melabur Tanpa Bimbingan

Antara kesilapan yang biasa orang buat ialah:
§  Beli emas dalam ketulan yang besar, dan emas tu susah dicairkan kelak.
§  Beli gold bar dan dinar, sedangkan mereka nak pajak emas tu (Kerana ia telah diseal didalam bekas, jika ingin dipajak, seal tersebut perlu dibuka).
§  Beli emas yang conditionnya tak baik (calar, kemek), tiada sijil, resit dan sealnya dah dibuka.

Untuk elakkan sahabat semua kena tipu masa membeli emas, Amir kongsikan 5 tips penting:

Tips #1 – Semak Kredibiliti Penjual

Semak profile penjual seperti cek berapa ramai friend, aktif ataupun tak dalam facebook, guna nama & foto sebenar ataupun samaran. Kalau tiba-tiba muncul dalam facebook dan nak menjual, itu kena hati-hati. Kalau anda tak aktif berfacebook, sure anda tak akan kenal siapa orang baru, siapa orang lama dalam facebook. So, baik jangan berurusniaga melalui facebook kalau macam tu.

Tips #2 – Urusniaga Cara COD Sahaja

Elakkan membeli secara pos kalau tak kenal kredibiliti penjual. Sebaik-baiknya, gunakan kaedah Cash on Delivery (COD). Dia hulur emas, anda hulur duit! Amir sendiri tak berani beli emas cara pos ni unless Amir betul-betul kenal penjual tu secara peribadi. Kalau nak cara pos juga, anda kena bersedia untuk rugi kalau penjual tu tak pos emas yang dijanjikan.

Mungkin penjual tu tak tipu, tapi mana tahu lepas anda bank-in duit, penjual tu terlibat dalam kemalangan dan tak siapa tahu anda ada berurusniaga dengan dia. Sebagai dealer yang sedikit berpengalaman, bila customer transfer duit ke akaun Amir, Amir akan asingkan emas tu dan letak note dalam plastik seal emas tu. Amir akan tulis nama pembeli, no. contact pembeli, dah bayar ke belum, tarikh urusniaga dsb. Setiap urusniaga melalui email, Amir akan “bcc” kepada email isteri saya. Ini penting supaya kalau Amir mati, waris Amir tahu emas tu bukan milik Amir dan dia boleh contact pemilik untuk claim emas tu.

Tips #3 – Berjumpa Di Tempat Public

Buat appointment di mana-mana tempat public dan jangan sesekali buat appointment di tempat yang tak ramai orang ataupun tersorok. Tempat yang sesuai bagi Amir ialah di bank sebab (1) ada CCTV, dan (2) boleh transfer duit melalui ATM jer, minimumkan bawa duit cash. Kalau tak dapat jumpa di bank, jumpa di stesen minyak.

Tips #4 – Cek Keadaan Emas

Pastikan tiada kesan calar, kemek, bengkok, ada sijil atau resit (kalau emas tu perlukan resit & sijil). Kalau emas Lady Fortuna, KFH, dan emas lain yang condition asalnya berseal, pastikan sealnya masih belum dibuka. Kalau dah buka, lupakan emas tu sebab susut nilainya akan tinggi, melainkan dia bagi diskaun 25%!
Nasihat Amir, kalau anda first time beli emas, baik jangan beli melalui facebook sebab anda tak pernah tengok macam mana keadaan, bentuk dan saiz emas yang tulen. Silap hari bulan, orang bagi emas palsu pun anda tak tahu! Lagi haru dibuatnya.

Tips #5 – Semak Harga Semasa

Pastikan harga tu bebaloi dibeli berbanding harga semasa, tapi kalau harga terlalu rendah, hati-hati! Mungkin itu penipuan, ataupun condition emas tu dah tak elok.


Antara kes penipuan yang didedahkan di facebook.

Untuk Selamat, Cari Authorised Dealer

Untuk lebih selamat, Amir syorkan beli dari authorised dealer jer. Walaupun harga yang dibeli adalah pada harga semasa pasaran, tapi yang paling penting anda dapat banyak manfaat sampingan, antaranya:
§  Bimbingan percuma.
§  Update terkini tentang pelaburan emas.
§  Condition emas confirm OK.
§  Risiko penipuan sangat rendah, especially dealer tu memang aktif, ada facebook sendiri, ada blog ataupun website yang aktif dsb. Pendek kata, kalau dia nak tipu, dia tak boleh lari…
§  Dan banyak lagi yang tak ternilai harganya.

* Ada satu tips penting kalau beli dari Authorised Dealer, iaitu jangan mintak diskaun sebab komisyen dealer ni sangat kecik. Sekitar 1% – 2% jer. Kos mereka ambik emas, hantar emas, bil telefon untuk consult anda, masa mereka spent untuk bantu anda, risiko bawa emas, mungkin tak berapa berbaloi dengan komisyen yang mereka terima. Anda kira sendirilah berapa mereka dapat kalau komisyennya cuma 1%.

Walaupun bagaimanapun, Amir tetap akan layan sesiapa yang memerlukan pertolongan berkaitan dengan emas ini kerana ia menjadi satu kepuasan Amir dengan MEMBANTU dan MEMPERMUDAHKAN hidup orang lain. InsyaAllah.

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738

Post a Comment

0 Comments