Bagaimana nak simpan Emas?

Masa awal2 Amir belajar pasal emas ini, ingatkan Ar-Rahnu tu adalah tempat nak simpan emas. Ingatkan Amir sorang jer pikir mcm tu, rupanya ramai yang berfikiran begitu. Takpe2, meh Amir bantu kawan2 bagaimana hendak simpan emas. 

Konsep 1 : Ar-Rahnu tu adalah tempat untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. So, menyimpan emas di Ar-Rahnu sangat merugikan kalau tak tahu manfaatkan duit pinjaman tu untuk menggandakan keuntungan.


Konsep 2 : Simpan emas ni mudah sebenarnya. Tak percaya, cuba tanya mak ayah atau atuk nenek anda bagaimana mereka simpan barang kemas sehingga berkurun2. Buat yang masih baru macam kita2 ni, perasaan takut emas itu hilang memang besar sebab nilai ia besar. Cuba anda bayangkan risiko menyimpan handphone, simpan laptop dan barang berharga lain, sebenarnya ia lagi berisiko besar berbanding simpan emas. Sebab size Emas ni kecil jer. Senang disorokkan. Apa2 pun semuanya berkaitan dengan mindset kita. Lepas dah ada emas, dan cuba simpan sendiri..Insyaallah, perasaan takut itu akan mula hilang dan akan bertukar lebih berhati2.



Jadi, sebagai panduan asas, ini 4 tips penting untuk pastikan emas tu disimpan dengan selamat:


#1 – Jangan bagi tahu sesiapa

Ini paling penting. Kalau beli emas, jangan bagi tahu sesiapa kecuali isteri ataupun suami jer. Tak perlu tunjuk pada kawan-kawan koleksi emas yang kita ada (upload kat media sosial yang kita baru beli barang kemas cantik2 atau beli 1kg emas dari Public Gold). Duduk diam-diam sudah melainkan anda memang berniaga emas.

#2 – Simpan di rumah dengan Syarat

Syiling 1 dinar saiznya lagi kecil dari duit 10 sen. So, nak simpan 1 dinar sebenarnya lagi senang dari simpan duit dan barang berharga lain. Tempat paling selamat simpan emas kat rumah ialah tempat yang orang biasanya tak terfikir. Mungkin dalam soket dinding, pam tandas, tin biskut dan dsb. Asalkan jangan simpan dalam almari ataupun belakang oven even dalam bilik tidur kita pun sebab itu adalah sasaran perompak (Ini pesan dari Inspektor Polis semasa taklimat sebelum cuti raya baru2 ini).

Dan yang ini juga penting iaitu khaskan hanya beberapa tempat untuk simpan emas. Jangan bertukar-tukar tempat, dan jangan letak di terlalu banyak tempat sampai emas tu hilang sebab TERLUPA simpan di mana! 

#3 – Sewa Safe Deposit Box di bank atau syarikat swasta

Cara ini adalah paling selamat dan boleh bagi kita tidur malam dengan nyenyak. Kosnya pun murah jer. Paling murah sekitar RM80 untuk box paling kecik – boleh muat emas bernilai lebih RM100,000. 

Persoalannya, berapa banyak emas yang berbaloi untuk sewa safe deposit box? Jawapannya terpulang. Kalau anda simpan emas di rumah dalam jumlah yang boleh mengganggu tidur malam yang lena, dan tak selesa tinggalkan rumah untuk balik kampung, lebih baik sewa safe box jer. Keluarkan duit sikit tak apa, asalkan kita peace of mind.

Disini Amir sharekan website Safe Deposit Boxes Swasta untuk anda refer sendiri :- 
Bagi yang menetap di area KL/Selangor www.rsdb.com.my atau www.safedepositbox.com.my

#4 – Tinggalkan pesanan kepada waris!

Emas ada aset tunai yang tiada dalam sistem kewangan. Tak siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada, dan di mana emas-emas tu kita simpan. Hatta bank dan kerajaan pun tak tahu. Ia berbeza dengan aset-aset kewangan yang lain macam akaun simpanan, unit trust, saham dsb. Semua data-data tu kerajaan boleh trace melalui institusi-institusi kewangan. Kalau kita mati, maka tak siapa tahu di mana-mana kita simpan emas tu kalau kita tak pesan kepada ahli waris.

Jadi tips paling penting, bagi tahu kepada pasangan anda (atau ahli waris yang amanah) di mana anda simpan emas-emas tu. Takut terlupa ataupun anda ‘pergi’ dulu. 


Kisah benar 1 mengenai wasiat :
Ada sebuah kes yang Mentor Amir share dan ia benar-benar berlaku kepada salah seorang pembeli emas Public Gold. Dia beli emas nilainya hampir RM2 juta. Tapi bila dia meninggal dunia akibat serangan jantung, isteri dan anak-anaknya tak tahu pun dia simpan emas tu di mana! Emas-emas si mati tak dapat diwariskan oleh keluarga!

Kisah benar 2 :
Si isteri simpan emas bernilai RM70,000 dalam air-cond tanpa bagi tahu suaminya. Masa air-cond rosak, suaminya panggil technician dan technician tu angkut air-cond tu ke kedai dia. Dan emas tu lesap macam tu je… Jadi pastikan pesan kepada pasangan atau ahli waris.

Semoga tips2 yang Amir kongsikan ini dapat memberi sedikit idea bagaimana anda mahu menyimpan emas sendiri. Selamat menyimpan emas yer kawan2.

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738
h/p : 012-2372641

Post a Comment

0 Comments