Tips Kewangan #3 : Hidup di BAWAH Kemampuan

Biasa kita dengar duit tak cukup walaupun gaji seseorg itu sudah mencapai 5 angka. Ada juga yang merasa sesak diawal bulan selepas 1 minggu gaji masuk. Agak2 kenapa perkara ni boleh berlaku?

Antara punca yang Amir sendiri pernah alami adalah hidup IKUT kemampuan, bukannya BAWAH kemampuan. Ini adalah satu prinsip kewangan yang diamalkan oleh orang kaya yang sebenar. Mereka kaya sebab mereka memang amalkan gaya hidup BAWAH kemampuan, bukan hanya masa dah jadi kaya, tapi sebelum dia jadi kaya lagi.

Kalau dia mampu pakai Honda sebagai contohnya, dia cuma pakai Preve. Bahkan mungkin cuma pakai Saga BLM. Kerana Saga dah cukup memadai untuk KEPERLUAN dia buat masa itu. Perbezaan nilai antara MAMPU dan PERLU itulah asset yang membuatkan dia lebih kaya!



Jika ada yang bertanya, "kenapa kami tak pakai BMW atau Merc?". Anda dah boleh agak apa jawapannya kan?

Antara langkah untuk memulakan hidup dibawah kemampuan ini.

1) Listkan semua kos belanjawan bulanan anda sedetail yg mungkin.
2) Cuba amalkan berjimat cermat seperti bil letrik (kurangkan pengunaannya)
3) Memotong services2 yang jarang diguna seperti Astro. Ada kawan2 Amir yang dah potong sebab bayar mahal tapi servis kurang memuaskan.
4) Mengurangkan makan di kedai dan memasak di rumah. Cara ini memang byk membantu.
5) Jangan follow trend menukar hp baru ke..kereta baru ke..handbag baru ke..Tak bermakna anda tak boleh membeli, boleh beli jika ianya dah rosak atau dah 5 tahun x ditukar.

Ini adalah langkah2 yang berkesan buat Amir. Jika ada orang lain yg ingin berkongsi experience anda plak..share terus di sini


Post a Comment

3 Comments

aeinnamusa said…
suka tips ni..pernah baca pasal ni juga di blog en zulkifli..kagum dengan amir & nad..
Amir Marzhuki said…
Aeinna pun boleh buat juga :)
Amir Marzhuki said…
Aeinna pun boleh buat juga :)