Tips Kewangan #5 : Apakah tips untuk membeli/mengumpul hartanah di Malaysia?

Alhamdullilah, Amir nak berkongsi dengan anda tentang intipati yang Amir belajar dalam Kelas Rezeki Berniaga dianjurkan oleh Tuan Azizi Ali. Topik hartanah kali ini dishare oleh Datuk Shah Razali(DSR) yang terkenal dalam bidang hartanah di Malaysia. Beliau sekarang memiliki 89 hartanah yang dipegang erat dengan pasif income RM60k sebulan dari hasil hartanah ni. Kebanyakan hartanah beliau telah disewa atau dalam proses jual beli.


Soalan pertama yang diajukan kepada audience adalah siapa yang tak beli rumah lagi? Dia kata rugi kalo tak beli rumah lagi ni. Ada yang beritahu harga rumah gila2 dan gaji kecik. Bagi DSR, itu sebenarnya tidak benar kerana ada jer rumah bawah 300k atau 200k (dimana ia dalam kategori rumah lelong, subsale dll). Point pasal gaji kecik pula, dia dulu beli rumah RM80 800 dengan gaji rm1000 sebulan. Macam mana dia buat adalah dengan cara menyimpan duit secara bersistematik dan berbelanja secara berhemah.


Pemuda zaman skrg ini, apabila dapat kerja harta yang pertama dia akan beli adalah kereta dan barang2 untuk bergaya. Maklumlah, hendak tunjuk kat awek2 dan kawan2 yang dia sudah bekerja. Itu adalah kesilapan yang SANGAT BESAR. Kita sepatutnya menyimpan at least 30% sebulan dan selebihnya baru belanja. Jangan harapkan EPF sebab belum tentu duit EPF itu cukup untuk hari tua kita nanti.

Apabila kita dah mampu beli rumah pertama, biasanya kita akan cari yang cantik & lokasi hot supaya boleh duduk terus. Ia juga kesilapan kerana harga rumah mcm ni sudah tentu SANGAT MAHAL. Paling kurang apartment di area KL mahu dah dekat 500k ke atas. Sayang duit tu sebab deposit sahaja mahu dekat 50k.

Cuba cari harga rumah bawah 300k (Medium Low Cost) dan ia bukan untuk diduduk, tetapi untuk disewakan. Contoh : Kita dapat beli apartment lelong dari bank dengan harga rm200k, dimana harga pasaran adalah rm250k (Bayar loan bulan2 maybe dalam 650 ke 700). Kita cat sendiri elok2 dan repair mana yang perlu, kemudian sewakan dengan harga pasaran. At least dalam rm1k, kalo ada perabot lagi boleh letak harga mahal. Secara tidak langsung, kita dah ada rumah dan org lain yang bayarkan.

Bagaimana nak cari info2 berkaitan dengan harga rumah?
1. Banyakkan membaca buku hartanah dan majalah2
2. Dapatkan sumber dari internet.
3. Berkawan dan bina networking dengan agent2 hartanah
4. Fahami macam mana nak deal dengan bank & juga prosesnya.
5. Siasat dulu spekulasi kerana kebanyakannya tidak benar (hanya untuk lariskan jualan dan naikkan harga)
6. Buat site visit dan tanya jiran2 disekitar kawasan mengenainya (kemudahan pengangkutan dll)
* Lokasi Matang & Hot :
a) Klang Valley
b) Johor
c) Kota Kinabalu
d) Pulau Pinang

Bagaimana nak simpan deposit rumah?
1. Setkan matlamat anda? Rumah mana hendak dibeli? Lokasinya, kena detail yer.
2. Cuba kira berapa harga rumah, dan deposit yg diperlukan (termasuk kos2 guaman dll)
3. Setkan berapa bulan anda hendak bayar deposit. 3 bulan? 6 bulan?
4. BUAT SIDE INCOME untuk percepatkan simpanan deposit. Jika tidak, mahu 5-6 tahun baru dapat kumpul, dimana masa tu harga rumah dah naik.

Akhir skali, lengkapkan ilmu hartanah sebelum membeli rumah dan jangan serah 100% kepada orang lain untuk uruskan. Better kita tahu prosesnya dan boleh lakukan penjimatan maksimum kerana itu DUIT KITA. Kita kena tahu bagaimana hendak CONTROL.

Insyaallah, Amir akan kupaskan lagi bagaimana hendak beranakkan rumah dari 1 kepada 2 dan seterusnya. Apa yg penting, kita sama2 kena perbanyakkan ilmu didada.

Post a Comment

0 Comments