Tips Kewangan #5 : Simpanan Kecemasan

Ini kisah beberapa bulan lepas berkaitan dengan nasib 6000 pekerja MAS yang terpaksa diberhentikan. Majoriti dari mereka ini tidak bersedia menghadapinya kerana kekangan kewangan. Buat yang masih makan gaji ini atau berniaga secara sampingan, better kita buat simpanan kecemasan dimana saat2 CEMAS ia amat diperlukan.

1) At Least 3 BULAN



Kalau ikut nasihat pakar-pakar kewangan, kita kena simpan 3 bulan pendapatan, bukan 3 bulan gaji. Maksudnya, kalau kita kehilangan pekerjaan, kita masih boleh survive at least untuk tempoh lagi 3 bulan tanpa menjejaskan gaya hidup. Contoh : Gaji sebulan adalah rm4k, tapi kos perbelanjaan semua adalah rm3500. Jadi yg perlu dikira adalah rm3500.

Apa yg kami pernah buat masa Amir plan hendak berhenti kerja, kami sudah buat simpanan dengan nilai hampir 2 tahun untuk kegunaan masa depan. Simpanan ini yg kami perlu bayar pada company lama dan transportation dari Miri ke Bangi. Semuanya bernilai hampir rm30k. Kami buat simpanan ini kerana ia sangatlah perlu sebab apa2 boleh terjadi seperti kereta hilang, rumah terbakar atau hilang pekerjaan.


2) Cara Simpan Tunai & Sulitkan Pengeluarannya

Simpanan kecemasan ini perlu dalam bentuk tunai kerana kita akan memerlukannya dengan segera. Hendak simpan pula jangan pada akaun yg boleh dikeluarkan melalui ATM. Jadi, kami syorkan simpan di Tabung Haji dan jangan linkkan dengan M2U atau bank2 yg membenarkan pengeluaran TH dgn mudah.

Kesimpulan hari ini bagi pembaca blog ini adalah segerakanlah buat simpanan kecemasan kerana kita tidak tahu bila kita memerlukannya. Jika ada yg bertanya berkaitan dengan insurans plak, nanti Amir akan kupaskan dlm post yg lain.

Post a Comment

0 Comments