Tuesday, 11 August 2015

Buat Duit dengan Bisnes HOMESTAY?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua, kita dah biasa dengar perkataan homestay ni kan? Dan ada juga yg pernah menginapnya. Amir nak berkongsi disini bagaimana hendak buat duit dengan bisnes homestay dari apa yang Amir dapat belajar semasa hadir ke seminar Tuan Azizi Ali pada bulan March 2015. 

Bisnes homestay ni bagi Amir sudah berada didepan mata Amir sendiri apabila kena caranya sebab sebelah rumah Amir (tengah menyewa sekarang ini) ni pun memang dah jadi homestay. Konsep yang digunakan oleh Tuan Rumah adalah mengupah orang lain untuk menguruskannya kerana beliau sekarang bekerja di oversea. Orang yang menguruskan homestay ni (Homestay Minhu) sudah ada 4 biji di Seksyen 7 Bndr Baru Bangi ni tanpa perlu membeli rumah. Konsepnya adalah hanya sekadar menguruskannya.



Terpikir gak macam mana beliau boleh dapat idea ni, mesti dia ada belajar kat mana2. Alhamdullilah, kebetulan semasa Amir ada pergi seminar Rezeki Berniaga dan ada 1 topik berkaitan dengan Homestay ni. 

Antara Topik yang dibincangkan (secara ringkas) ada 7 antaranya :-
1) Kenapa anda buat bisnes ni?
2) Kenapa Homestay jadi pilihan?
3) Lokasi
4) Masalah atau Peluang?
5) Oh Penginapku
6) Modal & Untung
7) Cari Pelanggan & Testimonial

1) Kenapa anda buat bisnes ni?
Mungkin anda sendiri sudah nampak peluangnya dan sudah ramai yang menceburi bidang ini. Tetapi ramai yang tidak tahu tips2 yang membuatkan penginap akan datang semula nanti. Ini akan diulaskan dalam point2 dibawah.

2) Kenapa Homestay jadi pilihan?
Salah satu sebab adalah tidak mahu rumah kita itu rosak & kurang maintenance apabila disewakan kepada orang lain dlm tempoh 1 ke 2 tahun. Silap haribulan, kos membaikinya lagi mahal dari kita sewakan kepada org lain. Jadi, konsep homestay ini menjadi pilihan kerana risiko kerosakan itu menjadi kecil.

Buat bisnes ini memerlukan system yang teratur supaya tidak berlaku kekalutan semasa peak season. System yang dimaksudkan adalah database customer kita (Nama, no telephone, email, alamat rumah, checkin date & checkout date, berapa bayaran dan tujuan menginap). Dengan adanya system database ini, kita boleh tahu siapa regular customer kita, boleh berikan diskaun apabila mereka menginap kembali dan juga buat cabutan bertuah setahun sekali.

System ke 2 adalah peraturan menginap homestay (tidak boleh bawa haiwan peliharaan, minta deposit kerosakan as backup kita dan limit penginap dalam 1 homestay).

3) Lokasi
Lokasi juga sangat penting apabila hendak buat homestay. Sbb ia akan menjadi pilihan utama bagi penginap. Biasanya mereka gemar yang dekat dengan kedai makan dan juga tempat pelancongan. Bagi memudahkan mereka, kita boleh sediakan brochure lokasi2 menarik dengan jarak + time perjalanan dari homestay. Brochure ini boleh diberikan sebelum customer sampai melalui telegram, wasap dan email.

4) Masalah atau Peluang?
Setiap bisnes yang dilakukan akan timbul masalah, dan yang penting adalah bagaimana kita hendak menguruskan masalah tersebut. Antara masalah yang biasa dihadapi adalah penginap daftar masuk & keluar. Boleh sediakan pembantu atau minta tolong ahli keluarga jika penginap datang pada larut malam atau awal2 pagi, dan pembantu juga mahir merepair kerosakan kecil pada rumah seperti pili air patah, tombol pintu tercabut, dan juga leh sediakan kunci spare didalam rumah tersebut jika ada anak2 kecil yang terkurung didalam bilik. Ini dipanggil sebagai contingency plan.

Kita juga boleh sediakan no2 telefon kecemasan sebagai backup kepada penginap seperti no hospital, klinik, balai polis dan bomba bila berlaku kecemasan.

5) Oh Penginapku
Kita kena belajar bersabar dan mesti senyum selalu melayan kerenah customer. Ada pelbagai ragam customer ni. Dan jika kita hendak elakkasn non muslim menginap, beritahu secara elok bahawa homestay ini sudah penuh agar mereka boleh menerima dgn baik.

6) Modal & Untung
Bisnes ini sama seperti bisnes konventional yang lain dimana untungnya akan mengambil masa sedikit. Modal hendak menghias rumah juga tidak perlu besar kerana kita hanya perlu menyediakan keperluan asas sahaja, tidak perlu letak barang2 mewah atau exclusive. Ada 2 cara nak buat homestay :
1) Rumah beli (sendiri punya) : kita ada 100% kawalan ke atasnya.
2) Rumah sewa (org lain punya) : Kita buat agreement dengan pemilik dan beritahu tujuan asal kita menyewa. Bayar lebih pun xpe sbb ia adalah pelaburan. Beritahu juga kepada pemilik yang segala kerosakan akan ditanggung oleh kita.

7) Cari Pelanggan & Testimonial
Mencari pelanggan ini juga memerlukan ilmu dan kita perlu fahami apa kehendak customer.
a. Promote melalui wasap, email atau telegram
b. Promote memalui medium online seperti mudah.my
c. Boleh sediakan hadiah kepada customer sbgi cenderahati sbgi tarikan utk kembali menginap.
d. Boleh buat promosi 3 hai 2 malam berserta percuma tiket masuk ke theme park (kira balik kosnya semula)
e. Sediakan butiran setiap tempat yang menarik seperti yuran kemasukan dan juga waktu2 melawatnya.
f. Ambil gmbr keseluruhan homestay bagi memberi gmbran jelas kepada bakal penginap.
g. Letak testimonial customer2 sblm ini.

Akhir kata skali, kalo ada yang berminat nak buat homestay, anda boleh beli buku ni kat mph atau popular dengan harga rm39.90 dimana byk lagi cara2 nak handle homestay ni seperti insurans rumah, risiko kerosakan dan kecurian dll lagi. Kalo hendak beli secara online, boleh klik link disini 
http://www.bookplanet.com.my/Buat-Duit-Dengan-Bisnes-Homestay





8 comments:

Eina Md Ali said...

Tq Amir, sangat membantu :)

Nor Faizah Ahmad said...

Perkongsian yg sangat bagus..Terima kasih. Semoga Allah melimpahkan rezeki buat awk.

Yati Rahim said...

Perkongsian yg bagus. Saya mmg tgh berunding utk membeli apartmen homestay di Primaland, Port Dickson. Tolong doakan semuanya berjln lancar.

Nor Aini said...

perkongsian yg sgt bagus

Nor Aini said...

perkongsian yg sgt bagus

Buat Duit Banyak said...

terima kasih atas kupasannya. sebenarnya mmg ada mcm2 cara nak buat duit ni...n homestay is one of it ..good ideas !!

nadya said...

Terima KAsih. Bagus pengisiannya.

Agnisha said...

Terima kasih,perkongsian yang manfaat kepada semua.