Untung Besar dengan Manupulasi Ar-Rahnu?

Dalam group Emas Amir, ramai yang ingin tahu cara hendak untung besar dengan Ar-Rahnu. Bila Amir selidik punya selidik, sebenarnya bukan semua situasi yang dapat mendatangkan keuntungan yang besar bila bermain pajak memajak dengan Ar-Rahnu ni. 

Tahukah anda yang Ar-Rahnu hanyalah memberi pinjaman bercagarkan emas yang ‘interestnya’ sekitar 10% – 15% setahun! Tinggi bukan? Disini, Amir hendak nyatakan bahawa keuntungan dengan Ar-Rahnu bergantung sejauh mana kebijaksanaan seseorang itu memanfaatkan pinjaman. Yang benar-benar kaya dengan pajakan emas ialah peniaga emas yang suruh pembeli pajak ramai-ramai. Dia untung atas komisyen, bukan sebab dia pajak emas. Sedangkan pemajak emas untung nasibnya “untung secupak, rugi segantang”!

Kalau ada peniaga cakap “Ar-Rahnu adalah perniagaan”, sebenarnya keuntungan mereka ialah dengan menjual emas tu dengan jumlah yang lebih besar (sebab orang beli dengan duit pinjaman Ar-Rahnu), bukan dengan pajak tu sendiri. 

Keuntungan Teknik Manipulasi Ar-Rahnu
Persoalannya, macam mana yang dikatakan untung dengan Teknik Manipulasi Ar-Rahnu? “Teknik Manipulasi Ar-Rahnu” ialah teknik memanfaatkan pinjaman Ar-Rahnu untuk beli lagi emas dengan harapan emas yang dibeli dengan pinjaman Ar-Rahnu dapat dijual bila harga emas naik melepasi “kos manipulasi”. Pemilik emas dapat dua (2) keuntungan iaitu:

Untung #1 – Untung kenaikan harga emas dalam simpanan Ar-rahnu yang masih lagi milik kita.
Untung #2 – Untung kenaikan harga emas yang dibeli dengan duit pinjaman Ar-Rahnu yang ada di tangan.
Harga emas naik kita untung, harga emas jatuh pun peluang untuk buat lebih untung. Wow, untung dua dalam satu!
Kos Sebenar Memanipulasi Ar-Rahnu

Tapi syaratnya… Kenaikan harga emas mestilah melepasi dua kos dan kenaikan tu mestilah DALAM TEMPOH PAJAKAN (6 – 12 bulan). Kalau harga emas tak melepasi kos dalam masa 6 bulan, risiko kerugian sangat besar. Kos yang Amir maksudkan ialah:

Kos #1 – Susut nilai emas yang dibeli dengan duit pinjaman Ar-Rahnu. Katakanlah anda beli coin 1 dinar Public Gold, maka susut nilainya 6%. Susut nilai emas Public Gold sekitar 4.5% – 8.0% setiap item.

Kos #2 – Kos “upah simpan” di Ar-Rahnu. Katakanlah 1.15% sebulan. Lagi lama dalam ar-rahnu, lagi meningkat kosnya. Kos sebenar pajakan ar-rahnu ialah sekitar 1.15% – 1.54% sebulan. Ia bergantung kepada kadar “upah simpan” dan “margin pinjaman” yang berbeza-beza antara setiap ar-rahnu.

Untung Secupak, Rugi Segantang?
Kiraan mengikut andaian emas yang dibeli dengan duit pinjaman; item yang susut nilainya 6% dan kos “upah simpan” 1.15% sebulan atas nilai pinjaman.

Sebagai contoh, perhatikan bulan ke-6 petak kuning dalam jadual di atas. Katakanlah pada bulan ke-6, harga emas naik 15%, maka kita untung 2.10% (15.00% – 12.90%) kalau jual emas yang ada ditangan iaitu yang kita beli dengan duit pinjaman ar-rahnu. Maksudnya, kalau dapat pinjaman ar-rahnu bernilai RM10,000, kita untung RM210. Itu belum kira keuntungan emas yang kita cagarkan dalam ar-rahnu. Tapi katakanlah harga emas cuma naik 8%, maka kita rugi 4.90% (8.00% – 12.90%) atau RM490. Kalau harga emas turun 5%, maka kita rugi 17.90% (5% + 12.90%) atau RM1,790!

Ok sekarang, nampak tak potensi untung berbanding rugi? Sebab tu Amir panggil ini teknik “untung secupak, rugi segantang”. Kalau untung, untungnya sedikit. Kalau rugi, ruginya banyak! Jadi sebelum nak buat teknik ni, fikir dulu masak-masak. Kalau rasa lena tidur malam, boleh teruskan. Kalau boleh menggangu tidur, baik simpan jer emas tu.

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738 
(h/p:012-2372641)

Post a Comment

1 Comments

jackal said…
thanks atas perkongsian. banyak blog kataa teknik ar rahnu sangat senang, baru tahu rupanya susah juga.


[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]