Ini adalah tips yang dishare oleh kawan FB Amir, Ahmad Mukarrami. Ia sangat berguna bagi pengguna kad kredit dan bagaimana kita dapat memaksimumkan penggunaannya tanpa dikenakan interest yang tinggi.
-----------------------------
Sebagai pengguna kad kredit, terdapat dua tarikh penting yang perlu anda tahu.
1) Statement Date
2) Due Date
🍭Statement Date adalah tarikh statement dikeluarkan manakala due date adalah tarikh akhir bayaran perlu dibuat bagi baki dalam kredit kad tersebut.
🍬Kad Kredit akan memberi anda 20 hari tanpa dikenakan cas keuntungan, iaitu bermula dari tarikh statement sehingga due date.
Maknanya jika tarikh statement anda adalah pada 24/5,due date adalah pada 13/6.
Bagaimana nak panjangkan 20 hari tana Cas sehingga 50 hari?
+ Jawapannya, gunakan kredit kad anda PADA ATAU SELEPAS statement date.
KENAPA DAPAT 50 HARI?
➡sebab jumlah perlu dibayar pada due date yang terdapat dalam statement bulan tersebut hanyalah sehingga 23/5 sahaja.
Jumlah yang digunakan selepas dari itu akan dimasukkan dalam statement seterusnya.
➡Jadi dari 1 statement ke 1 statement seterusnya adalah selama 30 hari, ditambah dengan 20 hari free period, jumlah free period yang anda boleh gunakan adalah selama 50 hari!
🚩Tapi ingat, 50 hari 50 hari juga, kenalah langsaikan hutang secepat mungkin. Kalau dah tertunggak banyak pulak bank cas nanti, kita juga yang susah.💸💸
0 Comments