HUTANG JAHAT ATAU HUTANG BAIK?

Amir ingin berkongsi 1 ilmu yang baru juga bagi Amir mengenai hutang. Ilmu yang dikongsi ini hanyalah pendapat dan tiada yang betul atau salah. Bila ditanya pada ramai orang mengenai apa itu Hutang Jahat & Hutang Baik. Majoriti menjawab hutang kereta dan hutang peribadi itu adalah hutang jahat (bad debt), manakala hutang rumah itu adalah hutang baik (good debt).

Dari pendapat Amir, baik atau jahat sesuatu hutang itu bukanlah bergantung kepada nama atau jenis produk tersebut, tetapi ia bergantung kepada “PENGURUSAN” hutang tersebut. Hutang kereta atau hutang peribadi boleh jadi hutang baik (good debt) manakala hutang rumah juga boleh jadi hutang jahat (bad debt).

KONSEP HUTANG
Hutang baik:
Jika hutang tersebut di bayar oleh orang lain dan anda tidak perlu mengeluarkan duit dari simpanan atau pendapatan anda, ia adalah hutang baik.
Jika hutang tersebut juga mempunyai “added value” seperti kenaikan nilai aset dan ”positive cashflow”, ia adalah hutang yang sangat baik.
Hutang jahat:
Jika hutang tersebut di bayar oleh anda sendiri dengan menggunakan duit simpanan atau pendapatan anda, ia adalah hutang jahat.
Lebih jahat lagi jika hutang tersebut menyebabkan nilai aset anda berkurang.

CONTOH
Jika anda ambil personal loan dengan interest rate yang tinggi dan ia di bayar oleh orang lain, hutang tersebut tetap hutang baik.
Jika anda mengambil pinjaman perumahan dan anda yang bayar kepada bank setiap bulan, ia adalah hutang jahat.

TUKAR HUTANG JAHAT KEPADA HUTANG BAIK
Jika anda ingin membeli dan menggunakan sebuah kereta dengan kos bulanan sebanyak RM1,000 (RM500 bayar bank dan RM500 minyak,maintenance, road tax, insurance, dll) selama 5 tahun, pastikan anda mempunyai pendapatan PASIF sebanyak RM1,500 setiap bulan selama 5 tahun.
Lebihan RM500 adalah untuk tabung kecemasan anda.
Pastikan ia adalah pendapatan PASIF (sewa, dividen, dll) dan bukannya pendapatan AKTIF (makan gaji, business). Jika anda menggunakan pendapatan AKTIF, anda sebenarnya yang bayar hutang tersebut.

Pastikan ada orang lain tolong bayarkan hutang anda.
Jika anda sudah terjebak dengan hutang jahat, tukarkan hutang tersebut kepada hutang baik.

Fokus kepada hutang yang mempunyai interest rate paling tinggi, bayar lebih setiap bulan, kurangkan perbelanjaan dan tambahkan pendapatan.

Hasil penulisan ini diambil dari rakan Fb Amir, IqbalHafifi yang banyak juga memberi idea2 mengenai hartanah.

Post a Comment

0 Comments