Apakah erti BAHAGIA bagi anda?

Snapshot ini Amir ambil dari FB Mentor Amir, En Zulkifli. Kisah sahabat ini lebih kurang macam Amir juga selepas mengikuti blog beliau sejak 4 tahun yang lepas (Lama jugak tu).

Alhamdulillah, tahun ini baru sempat berjumpa face 2 face dengan En Zul ni selepas membeli buku beliau bertajuk "Zero Hutang" dan juga membeli emas dengan beliau.
Apa yang dikongsikan oleh En Zul ini didalam blog beliau amat benar dan itu realitinya kerana kita lebih mencari BAHAGIA dimata orang lain dari HATI kita sendiri.

Kenapa kita TIDAK BAHAGIA walaupun apa yang kita impikan sudah pun tercapai seperti kereta mewah & rumah besar?
Antara sebabnya ialah macam yang Amir sebut diatas tadi. Kita sibuk mencari harta sebab nak impress orang lain, sedangkan orang lain tak akan pernah 'puas' dengan apa yang kita ada.

Erti BAHAGIA salah satu darinya ialah dengan membahagiakan hidup orang yang penting di bawah TANGGUNGJAWAB kita. Apabila kita menyempurnakan tanggungjawab kita itu, Insyaallah Allah akan berikan yang terbaik buat kita walaupun dimata kita itu rasa elok walhal Allah itu Maha Mengetahui.

Jum sama2 kita mendapatkan KEBAHAGIAN yang SEBENAR dalam hidup kita.

Post a Comment

0 Comments