Jangan Rompak Duit Bisnes

Mula2 masa kami berbisnes, memang ada terpakai duit bisnes untuk keperluan keluarga. Tetapi lama2, rasa macam ada yang tak kena sebab rasa macam susah duit nak rolling. Sampai la Amir terbaca di blog bab Merompak Duit Bisnes yang sering berlaku di kalangan usahawan baru.
Kisah benar yang Amir lihat sendiri apabila ada seorang pakcik ini yang mengusahakan kedai runcit sejak berbelas2 tahun dahulu. Dulu, kedainya sangat la femes sampai tak menang tangan,barang kat kedai dia pun sampai ke siling kedai bersusun. Sejak kedai itu diambil oleh anaknya, makin lama makin skit pelanggan yang datang sebab barang2nya tidak direstok.

Bila Amir bertanya jiran2 yang terdekat, khabarnya duit kedai selalu kena ambil untuk belanja sendiri. Akhirnya, tiada modal lagi untuk beli stok di kedai runcitnya melainkan pelanggan setia yang datang hanya membeli rokok atau barang2 biasa.

Jadi Sifu Amir selalu pesan dalam group supaya manage duit dengan betul. Kalo dah pinjam duit bisnes, kena pulangkan balik (rekod setiap duit yang keluar). Pesanannya mungkin agak keras berbunyi, "kalau kita tak boleh asingkan DUIT BISNES dari DUIT PERIBADI, jangan berniaga!". Sebabnya, kita akan MEROMPAK BISNES SENDIRI. Bisnes kita akan rosak disebabkan tangan kita sendiri.

Amir pun pesan juga beberapa kali dengan downline kami supaya beringat bab pengurusan kewangan ini. Sebab dahulu, kami pun pernah merasainya dan sekarang sudah on track balik dengan mengurangkan segala perbelanjaan yang boleh dikawal dan tambah lagi side income supaya mendapat positif cash flow setiap bulan.

Post a Comment

0 Comments