Berapa % Perlu Kita Tukarkan Simpanan Kepada Emas?

Dari apa yang Amir belajar mengenai Menyimpan EMAS ni, ia bukanlah bermaksud kita kena keluarkan semua wang yang ada dan beli emas. Perlu ada sebahagian simpanan dalam bentuk wang kertas supaya urusan seharian kita berjalan lancar. Berapa banyak boleh ditukarkan kepada Emas ni? Yang disyorkan adalah 10-30% dari simpanan wang yang kita ada.

Tetapi Amir yakin dengan sistem kewangan dunia hari ini yang terlalu mengagungkan duit kertas (Lebih2 lagi banyak matawang bersandarkan dengan Dollar), Ia tidak bertahan dan akan runtuh bila2 masa jika ia tidak dikawal dengan betul. Ini memang pernah terjadi semasa Zaman Jepun dulu2, apabila wang kertas dah dicetak keterlaluan tanpa disandarkan pada emas & perak. Dalam masa yang sama, masyarakat dah mula hilang keyakinan kepada duit kertas seterusnya menyebabkan kuasa beli duit kertas makin merosot dan kehilangan nilai.
Jadi walaupun hanya sebahagian sahaja aset yang kita simpan dalam bentuk emas dan perak, insyaAllah ianya mampu bertindak sebagai INSURANS untuk menghadapi segala bencana kewangan yang timbul.

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738

Handphone :012-2372641

Post a Comment

0 Comments