Thursday, 31 December 2015

18 Tips Untuk Mengenal Pasti Pelaburan Yang Valid


Tips ini dishare oleh Tuan Azizi Ali, Pakar Kewangan yang terkenal di Malaysia. Amir ada baca beberapa buku beliau mengenai kewangan dan salah satu topik yang hangat ialah pelaburan.

Di Malaysia, ada terdapat beratus2 pelaburan yang sah tetapi orang kita masih gemar melabur di tempat yang tidak sah akibat seronok mendengar pulangannya yang lumayan tanpa perlu bersusah payah. Jadi, Amir kongsikan 18 tips buat pembaca blog Amir mengenai pelaburan yang valid dan sah :-

1. Saya telah mendapat banyak soalan serta PM tentang beberapa produk kewangan dan skim pelaburan yang terkini dan panas di Malaysia sekarang. Ini termasuklah Arba, Amethyst Gold, Bitcoin, CycleRich, EmGoldex, JTC33, KongsiMakan, MFace, MyBCWorld, MyMi1, One World Community Centre, Power Gold dan Zenith Gold.

2. Saya tidak dapat menjelaskan semuanya dengan terperinci. Ini adalah kerana (1) jumlah pelaburan-pelaburan tersebut terlalu banyak dan (2) saya perlu membuat pemeriksaan yang komprehensif yang memerlukan masa dan tenaga yang terlalu banyak, which I cannot spare.

3. Bagaimanapun, berikut adalah beberapa petunjuk untuk menilai sesuatu pelaburan.
4. Jika ianya sesuatu dana pelaburan (e.g. unit amanah dan mutual fund), ianya perlu mempunyai pengurus, auditor dan trustee. Nama2 mereka, pengalaman serta kelayakkan mereka mesti dijelaskan dengan terang (bukan main sebut nama saja).

5. Dana tersebut juga mesti mempunyai prospectus dan laporan tahunan. Kandungan prospectus dan laporan tahunan mestilah menerangkan objektif dana tersebut, sejarahnya, pulangannya, risikonya dan maklumat tentang poin 4 di atas.

6. Jika ianya sesuatu pelaburan semata (e.g. emas, perak dan hartanah) pula, sipenjual mestilah menceritakan tentang proses dan cara pembelian, penjualan, pulangan dan juga risiko.

7. Pengurus mestilah mempunyai alamat fizikal dan bukan alamat servis office atau alamat virtual saja.
8. Lagi satu petunjuk ialah pulangan tahunan (ROI) yang diberikan oleh 'pelaburan' tersebut. Walaupun sudah tentu kita mahukan pulangan yang tinggi, ianya mestilah angka yang reasonable dan sensible. Sebagai contoh, ROI melebihi 30% setahun adalah TIDAK reasonable ATAU sensible! Sesiapa yang claim long term ROI (tempoh > 2 tahun) yang lebih tinggi daripada 30% setahun (e.g. 120% setahun) don't know what he is talking about! Ini adalah seperti berkata pasukan bolasepak Kampung Seri Wangi telah mengalahkan pasukan Barcelona dengan scoreline 10 – 0!

9. Jika pelaburan-pelaburan tersebut mempunyai ciri-ciri yang seakan sama dengan Pegasus Bullion dan UFun yang telah saya tulis sebelum ini, besar kemungkinan ianya juga satu scam. Salah satu bayangan bahaya ialah pulangan bulanan/mingguan/harian kerana 99% daripada 'pelaburan' yang memberikan pulangan bulanan/mingguan/harian adalah scam.

10. Sudah tentu nama syarikat dan pelaburan tersebut tidak boleh ada dalam blacklist BNM dan/atau Securities Commission. Jika ada, lupakan saja 'pelaburan' tersebut. Jangan lupa juga yang banyak scam2 ini telah menukar nama syarikat, nama 'pelaburan' atau nama laman web (url) mereka untuk menutup langkah2 gelap mereka (e.g. UFun ditukar nama menjadi Unascos). Kalau sipengurus dan kuncu2nya orang yang sama, lupakan juga 'pelaburan' tersebut.

11. FYI, syarikat Sdn Bhd sebarangan tidak boleh mengutip wang pelabur tanpa lesen dan kebenaran daripada BNM. Hanya bank, syarikat unit amanah, syarikat insurans, pengendali takaful dan penyedia perkhidmatan pengiriman wang yang boleh bertindak demikian. Ini bermakna 'pelaburan' seperti UFun/UToken, Unascos, Mecca Fund dan HighwayGroup Resources (HGR) telah menyalahi undang2 Malaysia and therefore tak valid.

12. Syarikat Sdn Bhd juga tidak boleh menawarkan atau menjual sahamnya kepada public. (Hanya syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia yang dibenarkan menjual saham kepada public.) Jadi mana2 syarikat (baru ditubuhkan atau sudah wujud) yang menawarkan atau menjual sahamnya kepada public – melalui ceramah, seminar, FB atau internet – telah menyalahi undang2 Malaysia.

13. Jika ianya peluang perniagaan MLM (boleh rekrut downline) pula, syarikat tersebut perlu ada lesen jualan langsung. Kalau tak ada, syarikat tersebut telah menyalahi undang2 Malaysia, and therefore tak valid juga.

14. Jangan juga lupa yang mana2 pelaburan yang memberikan fixed return (pulangan tetap) seperti Fixed Deposit adalah haram dalam Islam. Ini bermakna banyak skim2 yang tengah panas sekarang termasuk HGR adalah haram.

15. Seperti yang anda boleh lihat, kebanyakkan 'pelaburan2' yang disebut orang melalui FB, internet dan email tidak mempunyai dokumen2 yang saya sebut diatas terutamanya poin 4 hingga 7! Dan oleh kerana itu, besar kemungkinan ianya pelaburan yang tidak valid. Ini bermakna risiko untuk semua 'pelabur' dalam skim2 tersebut adalah teramat tinggi dan peluang untuk mereka menanggung kerugian adalah super tinggi – kira tahap dewalah!!!

16. Sudah tentu pengusaha2 scam akan memberikan berbagai alasan mengapa skim mereka special. Mereka akan claim macam2, menjanjikan bulan dan bintang dan malah membohong, menipu dan tak akan teragak2 untuk menggunakan ayat2 agama untuk menarik hati dan wang pelabur. But at the end of the day, jika skim tersebut tidak mempunyai banyak poin2 yang saya sebut di atas, besar kemungkinan (as in > 98%!) ianya adalah scam.

17. Akhir kata, mengapa nak bermain api melabur dalam skim2 yang pelik2 ini? Terdapat ratusan dana unit amanah yang valid di Malaysia, ratusan saham di Bursa Malaysia, pilihan emas yang banyak dan ratusan ribu hartanah untuk kita buat pelaburan. Mengapa tak pilih yang sah dan terbukti ini?

18. Jadi baca buku2 tentang kewangan dan pelaburan, dan semua yang dulunya samar2 akan menjadi jelas. As a result, peluang anda untuk menjana keuntungan naik dan peluang menanggung kerugian akan jatuh!

Wednesday, 30 December 2015

Nilai Emas Kekal Ketika Inflasi Hyper

Mungkin ada diantara kita biasa dengar tajuk ni kan? Sampaikan bila dengar banyak kali sehingga nampak seperti satu kebenaran. Malangnya, kenyataan ini tidak 100% tepat di dalam situasi inflasi biasa. Tetapi kebanyakan darinya adalah sebaliknya.

Sebagai contoh, selepas harga yang tinggi $850 pada Januari 1980, walaupun ada ketika ia naik dan turun, nilai emas telah susut sekitar 70% nilainya dalam 20 tahun berikutnya di Amerika Syarikat dimana kadar inflasi dalam tempoh yang sama berkisar setinggi 13.58 %  pada tahun 1980 menjadi rendah 1.55% pada tahun 1998.

Tetapi apabila inflasi hyper berlaku ketika Jerman diserang inflasi hyper pada tahun 1923, mata wang mereka meningkat dengan mendadak sehingga harga sepasang kasut yang dahulunya berharga 12 mark menjadi 30 trillion mark selepas perang dunia 1. Masa itu, matawang mereka seperti tidak laku. Ia berlainan dengan emas apabila harga 1 blok hartanah komersial boleh dibeli dengan 25 auns emas. 

Kesimpulannya, sesiapa yang mempunyai emas, mereka dianggap berharta tidak kira apa jua situasi.

Harga 3 biji telur bersamaan 100 Billion Dollars Zimbabwe yang menghadapi Hyper Inflasi sekarang ini

Tuesday, 29 December 2015

Kekurangan Emas Sebagai Pelaburan

Sudah semestinya setiap pelaburan ada untung dan rugi ibarat langit tidak selalunya cerah. Korang tau tak sebenarnya, pelaburan emas juga ada kekurangannya :-

1. Emas yang anda simpan hilang atau dicuri oleh orang.
Benda yang mempunyai nilai adalah benda yang paling suka buat si pencuri termasuklah emas.
Emas yang hilang akibat kita sendiri lupa dimana kita simpan juga kerap berlaku apabila kita suka berahsia dengan pasangan masing2 sehingga kita sendiri dah lupa mana letaknya emas2 kita itu. Ada ahli keluarga tidah tahu langsung bahawa ibubapa mereka menyimpan emas kerana tidak ditulis didalam wasiat. Emas itu akan hilang buat selamanya sehingga ia dijumpai oleh orang yang bertuah.

2. Melabur emas pada product yang salah
Korang perlu tahu bahawa dipasaran ada banyak product emas yang dijual oleh kedai2 emas mahupun syarikat swasta termasuk lah Public Gold. Tetapi anda perlu tahu apa product yang membawa keuntungan apabila harga emas naik kerana setiap product ada kriterianya seperti spread, hot item, buy back dari company dan lain2.

3. Membeli emas pada masa yang salah
Mesti ada yang terkejut bahawa harga emas pernah suatu dahulu berada statik atau tidak banyak berubah selama puluhan tahun (1930-1970). Siapa yang menyimpan masa ini, sudah pasti telah wariskan kepada anak cucu mereka. Yang untung adalah anak cucu mereka.

4. Anda tidak tahu apa yang anda buat
Ini adalah benda yang paling bahaya sekali kerana anda mungkin mudah ditipu oleh penjual emas, terbeli emas palsu, beli product emas yang sukar dijual balik atau termasuk dalam Skim Cepat Kaya versi Emas.


Sunday, 27 December 2015

Fakta Emas :: Emas vs US Dollar

Kajian World Gold Council menunjukkan naik turun harga emas tidak lagi berkadar terus dengan matawang US Dollar. Trend terkini memperlihatkan, bila US Dollar jatuh, harga emas dunia naik 14.9%. Bila US Dollar naik, harga emas turun hanya 6.5%. Harga emas naik 2 kali ganda bila USD Dollar turun, tetapi ia tak berlaku sebaliknya bila US Dollar naik.

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738
012-2372641

Hati-hati Beli Barang Kemas


Amir akui yang Amir tiada kepakaran untuk mengesan ketulenan emas selain dari mengujinya dengan densimeter atau menggunakan ujian asid.

Ia berbeza dengan pekedai-pekedai emas. Mereka dah lama 'bermain' dengan emas, tengok dan sentuh emas tu sahaja mereka boleh tahu itu emas tu tulen atau palsu. Deria mereka sangat sensitif mengesan emas-emas palsu. Tetapi ada diantara mereka terkena juga sekali sekala apabila si PENIPU menggunakan silap mata dengan menukar barang kemas asli dengan tiruan.

Atas faktor ini, Amir cuba elakkan membeli barang kemas daripada ORANG PERSEORANGAN sebelum diuji ketulenannya. Jangan terpesona dengan HARGA MURAH. Nanti kita bayar HARGA EMAS 916 tapi di dalamnya ada BESI!

Ini foto yang dishare oleh rakan2 di FB

** Jika ada yang nak uji ketulenan emas, boleh bawa emas tu ke office Public Gold terdekat. Cajnya hanya RM10 je. Lebih baik lebur RM10 daripada lebur duit beribu-ribu ringgit.

Fakta Emas :: Jumlah Emas Yang Telah Digali

Menurut data yang dikeluarkan oleh World Gold Council, sehingga sekarang sebanyak 177,000 tonnes emas yang telahpun dikeluarkan dari perut bumi dengan nilaian sebanyak USD8 trillion. 

49% daripadanya dijadikan sebagai barang kemas perhiasan.


Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738
012-2372641

Saturday, 26 December 2015

Hidup Mengikut Kemampuan

Hidup mengikut kemampuan ini Amir dapat tahu dari blog En Zulkifli dimana beliau terangkan dengan pelbagai konsep yang mudah bagaimana kita boleh hidup dengan tenang tanpa memikirkan sangat tentang kemahuan kita yang tidak pernah habis2.

Dan prinsip ini juga adalah salah satu kunci kebahagiaan sebenar. Itu jugalah langkah pertama untuk bebas dari masalah kewangan. Bahagia hadir bila hati dan fizikal tak bergelut untuk penuhi kemahuan nafsu. Nafsu memang selalu nak itu dan nak ini. Tapi kena sedar duit hanya ada yang ini.

Antara tipsnya ialah :-
1) Belajar untuk berbelanja kurang daripada gaji dan wang yang masuk.
2) Berlatih untuk beli barang yang mampu dibeli sahaja.
3) Terima hakikat yang tak semua perkara mampu dimiliki.
Mungkin kita tak semewah orang lain, tapi hati kita senang sebab poket tetap berduit dan tiada hutang mengikis.

Hidup ikut kemampuan, insyaAllah bahagia jadi kenyataan.



Friday, 25 December 2015

Bagaimana Simpan Emas Untuk Pelaburan?


Buat kawan2 yang menyimpan emas untuk tujuan pelaburan, bila cecah je TARGET KEUNTUNGAN, kena jual terus. 

Contohnya, bila kenaikan harganya dah sampai 25% atau 30%, atau ikut target peribadi yang diletakkan, terus jual.

Jangan rasa sayang.

Jangan rasa tamak.

Anggap saja tu adalah BISNES.
Beli dan jual. Beli dan jual. Ulang proses ni berkali-kali.

p/s: Harga emas sekarang ni tengah murah. Masa yang baik untuk membeli. Jika ada pertanyaan berkaitan emas, boleh whatsapp Amir di 012-237 2641 (Muhd Amir). 

Amir bantu setakat termampu insyaAllah.

Thursday, 24 December 2015

Salam Malidur Rasul

Salam Malidur Rasul buat semua rakan2 yang beragama Islam.


Jum kita perbanyakkan selawat ke atas Rasullullah pada setiap hari.



Skim Cepat Kaya : RISIKO SKIM EMAS 70:30



Siapa disini familiar dengan SKIM 70 : 30 atau dikenali dengan nama "Serambi Emas". Ada 1 kisah dimana seorang bakal pesara tersangkut hutang lebih RM90,000 dengan Ar-Rahnu Agrobank! Modal belian RM60,000 guna duit gratuiti tu bakal lebur 100%!

Kesan buruknya:

✔ Duit RM60,000 lebur
✔ Tinggal rekod hutang yang buruk dalam CCRIS
✔ Susah apply loan lain in case nak buat loan lagi

Kalau umur dia muda lagi, boleh juga usahakan personal loan untuk tebus emas tu, tapi bila umur dah nak pencen, tak ada lagi bank yang nak bagi personal loan sebanyak tu.

Memang pelan keuntungan pembelian emas SKIM 70 : 30 nampak bulan dan bintang, tapi hakikatnya, bila harga emas turun 10% SAHAJA, mereka confirm rugi 100%! Rugi memang confirm. Yang ada cuma jalan meminimumkan kerugian sahaja.

Antara RULE PALING PENTING pelaburan emas:

✔ beli emas, dapat emas (kalau dapat kertas, biasanya ada problem)
✔ emas tu kita simpan sendiri (bukan serah pada orang lain 'laburkan')

Kekadang ada baiknya ambil masa bertenang untuk belajar sebelum melabur. Sebelum labur besar-besar, mulakan dulu secara kecil-kecil, dan tambahkan ilmu dari semasa ke semasa.

Wallahu a'lam.


Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738 
(h/p:012-2372641)

Wednesday, 23 December 2015

Peminjam Tegar





Ustaz selalu pesan, apabila kita meminjam duit dari orang lain ataupun bank, ciri2 nya sama sahaja iaitu kita perlu bayar balik. Kes dipinjam ini sudah beberapa kali terjadi pada Amir sendiri sampai dah serik nak bagi pinjam kerana naik segan pun ada apabila asik meminta2 hutang dibayar balik.

Gambar ini memang mendalam maksudnya. Mohon sesiapa yang ada hutang tu, better korang terasa. Sebab nanti kalo dah mati esok, kena bayar hutang guna pahala plak. Itupun kalo pahala kita banyak.

Kredit : Dear Malaysia

Siapa Public Gold?

Public Gold pada hakikatnya bukan pelaburan. Syarikat ini cuma JUAL BELI emas macam kedai emas je. Hulur duit dapat emas, hulur emas dapat duit. Tak ada apa-apa SKIM pulangan ditawarkan.

Untung rugi berdasarkan pergerakan sebenar harga emas dunia yang hakikatnya di luar kawalan Public Gold.

Cuma Public Gold menyediakan platform terbaik untuk menyimpan kekayaan dalam bentuk emas.

1. Urusniaga telus
2. Senang beli
3. Senang jual
4. Untung maksimum

InsyaAllah.

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738 
(h/p:012-2372641)

Saturday, 19 December 2015

Pengertian Sebenar "Beli" EMAS

Ini adalah salah satu sharing dari rakan FB mengenai pengertian "membeli" dimana Amir pun bersetuju dengan beliau.


Jika BELI BARANGAN
✔Nilai barang itu akan MENYUSUT saban tahun seiring dgn kualitinya.

Jika BELI EMAS
✔Nilai Emas itu tidak MENYUSUT sepertimana nilai barangan lain. Beratnya tidak akan berkurangan. Emas tetap Emas. Yang berubah hanyalah harga pasaran dunia.

Pada hemat Amir:
↪ Istilah "BELI" Emas agak kurang sesuai.
↪ Istilah "TUKAR" kpd Emas adalah yg paling tepat.
ℹ "TUKAR" membawa maksud harta / kekayaan kita TIDAK BERKURANG tetapi hanya BERUBAH BENTUK dari Wang Kertas a.k.a "Wang Fiat" kpd EMAS (fizikal).

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738
(h/p:012-2372641)

Thursday, 17 December 2015

Kenapa Barang Kemas Kurang Sesuai Untuk Pelaburan?

Apabila seseorang itu membeli emas dengan tujuan 'pelaburan', barang kemas dianggap kurang sesuai berbanding dengan Gold bar atau Dinar yang jauh lebih baik. 
Antara sebab kenapa barang kemas dianggap rugi:

(1) Harga Lebih Mahal
Dengan bajet yang sama, kita boleh dapat GRAM lebih banyak kalau beli gold bar / dinar yang rata-ratanya dijual lebih murah 10% - 15% berbanding harga barang kemas.

(2) Spread / Susut Nilai Lebih Tinggi
Bila nak jual balik nanti, spread (potongan harga dari harga semasa) yang dikenakan oleh pekedai emas sekitar 25%, bahkan boleh cecah 40%. Sedangkan gold bar / dinar, spreadnya boleh dapat serendah 5%, dan tak lebih 15% (bergantung kepada pengeluar). Kalau emas Public Gold, spread paling tinggi cuma 8%. Kalau barang kemas, Amir boleh katakan mustahil boleh dapat emas yang spread bawah 15%.

(3) Kos Upah Yang Boleh Dimanipulasi
Kalau tengok harga barang kemas, jangan lupa tanya kos upahnya sekali. Kos upahnya berbeza mengikut kedai dan kehalusan pembuatan barang kemas itu. Kekadang harga yang dipaparkan tu agak rendah, tapi bila ditambah dengan kos upah pembuatan, harganya jadi mahal juga. Bahkan kekadang kosnya membolehkan kita beli lagi 1 gram emas berbentuk gold bar!


(4) Barang kemas ada GST!
Yes, semua barang kemas dikenakan GST berbanding dengan gold bar/dinar bagi certain2 company (Emas Public Gold tiada GST yer kawan2)

Jadi kalau beli emas untuk PELABURAN, beli dalam bentuk gold bar / dinar sahaja. Kalau untuk PERHIASAN, barulah barang kemas. Barang kemas pun untung juga, tapi TEMPOH MENUNGGU jauh lebih lama berbanding gold bar & dinar.

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738 

(h/p:012-2372641)

Tuesday, 15 December 2015

Scam: Rumah Sewa

Anda Tahu Tak?

Teknik penyelewangan ini boleh berlaku pada bila2 masa, dimana2 sahaja dan kepada sesiapa pun tidak kira muda atau tua. Baru Amir tahu hari ini ada teknik penyelewengan dengan mengiklankan rumah sewa di mudah.my dan selepas terima deposit, terus senyap "tuan rumah" tersebut. Ini yang berlaku di area Bandar Baru Bangi yg tgh hot membangun dimana sewa rumah teres average dalam 1k ke atas tetapi iklan tulis dlm range 500-700.

Berhati2 la yer kawan2 apabila berurusan dengan sesiapa yang berkaitan dengan duit. Buat bakal penyewa, better g survey rumah & wat site visit kawasan itu dengan bertanya jiran2 tersebut tentang rumah sewa tu. Sebab kes ni rupanya dah banyak berlaku sebab ramai yang nak rumah sewa murah dengan 1 bulan deposit + transfer gitu2 jer guna online banking.

Semoga kita lebih bijak menilai sesuatu benda jika ia nampak murah sangat dan suspicious.



Sunday, 13 December 2015

Tips Beli Emas Dengan Harga Diskaun

Anda tahu tak mengapa emas tulen Public Gold memegang status emas pelaburan terbaik di Malaysia, ialah kerana HARGANYA YANG RENDAH. Bukan itu je, penyimpan emas juga berpeluang untuk beli emas dengan HARGA DISKAUN.

Diskaun ini khas untuk PENYIMPAN/PELABUR EMAS bertaraf Dealer. Status dealer tu memberikan pemiliknya diskaun jimat 1% - 2% setiap kali beli emas. Dealer ini ibarat agen dimana mereka wajib berkongsi ilmu dan juga tips kepada pelanggan mereka. Ia bukan hanya tertakluk kepada urusan jual beli sahaja yer.

Bagi setiap kali dealer beli emas, contohnya gold bar 250g (RM38,728), dia jimat sehingga RM774.56 (2%) berbanding pembeli biasa. Ini contoh buat Master Dealer. Yang dealer biasa akan dapat 1% diskaun bagi setiap belian yang dibuat. Menarik bukan?

Sebab tu, Amir sangat galakkan sesiapa yang serius nak simpan emas, dapatkan dulu status dealer Public Gold supaya berpeluang untuk beli emas dengan harga yang betul-betul rendah dan jimatkan lebih banyak wang!

Nota penting: TIADA YURAN dikenakan untuk jadi dealer Public Gold.

Saturday, 12 December 2015

Jangan Silap Membeli Emas

Jika anda ingin MEMBELI EMAS, jangan anggap ia macam beli gula-gula di kedai. Kalau tersilap pilih emas, tak pasal-pasal kena tunggu lama baru boleh merasa untung. Lama tu mungkin cecah bertahun-tahun.

Banyak kesilapan boleh terjadi kalau melabur tanpa ilmu emas yang tepat.

Antara yang biasa berlaku:
+ Terbeli emas dengan harga mahal
+ Beli emas berspread tinggi
+ Beli emas perhiasan untuk tujuan pelaburan
+ Terpaksa bayar kos-kos lain selain harga emas
+ Masa nak beli mudah, masa nak jual balik bukan main susah hingga kena jual di tempat lain

Akhirnya bila tak dapat untung macam yang dibayang, dikatanya pelaburan emas tak menguntungkan. Padahal, silap sendiri melabur tak guna ilmu.

Untuk rakan-rakan yang baru nak bermula, Amir cadangkan baca dulu 5 ciri-ciri penting emas pelaburan terbaik di SINI

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738 
Handphone :012-2372641

Seminar Pelaburan Hartanah

☛ JADI DAFTAR SEKARANG UNTUK BEST DEAL & HARGA TERMURAH
Dapatkan ilmu hartanah yang terkini dan terbukti di seminar ini. Berbekalkan ilmu yang secukupnya, ANYTIME IS A GOOD TIME untuk melabur dan menjana wang besar dalam hartanah!
Jadi jika anda ingin menjadi pelabur hartanah yang berjaya, dan seterusnya membina kekayaan, tempah tempat anda sekarang!
=============================
SEMINAR PELABURAN HARTANAH
=============================
✶ Sabtu 30 Jan 2016
✶ 9 pg – 6 ptg
✶ Menara SSM, KL Sentral, KL
(Seminar ini hanya dilangsungkan di KL, jadi anda perlu datang ke KL jika nak jadi JUTAWAN HARTANAH!)
===========================
BARISAN PENCERAMAH POWER
===========================
Azizi Ali – Prospek hartanah 2016
Asharil Suhardi – Hartanah lelong
Emrull Iqbarullah – Membeli rumah pertama
Jasaiyani Saad – Bisnes homestay
Khairul Anuar – Undang-undang hartanah
Mohd Ali Majis – Hartanah lelong
Seminar ini khas untuk:
✔ mereka yang ingin mengetahui rahsia pelaburan hartanah
✔ mereka yang ingin melabur dalam hartanah buat kali pertama
✔ mereka yang ingin tahu tentang undang-undang hartanah
✔ mereka yang ingin membina sumber pendapatan tambahan melalui hartanah
✔ mereka yang ingin menjadi JUTAWAN dengan secepat mungkin
✔ mereka yang ingin tahu cara mengurangkan kerja dan masalah dalam hartanah
MAKLUMAT LANJUT/DAFTAR DI
===========================
BONUS 100 PESERTA TERAWAL
===========================
100 peserta pertama layak untuk dapatkan HADIAH buku serta set video yang bernilai lebih RM160 secara PERCUMA! Siapa cepat dia dapat!
☛ DAFTAR SEKARANG UNTUK BEST DEAL & HARGA TERMURAH
Salam hormat,
Azizi Ali
Mentor Wang #1 Malaysia
P/S: Tempat adalah AMAT TERHAD kerana auditorium kecil! Jadi DAFTAR SEKARANG!

Bijak Memilih Dapat Maksimakan Keuntungan Emas

Korang tau tak bahawa bajet yang sama belum tentu boleh memberikan keuntungan yang sama.

Sebagai contoh, pelabur A dan pelabur B memperuntukkan jumlah RM8,000 untuk memulakan simpanan emas. Pelabur A memilih untuk menukarkan duitnya kepada emas tulen jenama PG dengan nilai RM160/gram. Manakala pelabur B menukarkan duitnya dengan emas tulen jenama XX dengan nilai RM200/g.

Pelabur A memiliki 50 gram emas dan pelabur B memiliki 40 gram emas. Walaupun kedua-kedua pelabur mempunyai bajet yang sama, tetapi pelabur A berjaya memiliki 10 gram emas lebih banyak berbanding pelabur B.

Lebih untung kan? Sebab tu kita perlu bijak memilih jenama emas yang paling memberikan keuntungan ke atas nilai wang yang kita laburkan.

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738 

Handphone :012-2372641

Tips Membeli Rumah Dari Pemaju (Part 2)

Ini adalah sambungan dari part 1:-

Semoga ia memberi lagi ilmu tambahan buat semua yang ingin membeli rumah direct dengan pemaju.

11.) Apabila anda bersetuju untuk membeli sesebuah rumah yg dibina oleh Pemaju, anda akan menandatangani satu Perjanjian Jual Beli (SNP).Sebenarnya SNP untuk rumah yang dalam pembinaan yg dibina oleh Pemaju ini hendaklah menggunapakai Jadual G (untuk landed house) atau Jadual H (untuk strata title house) di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966.

12.) Pendek kata SNP yg pembeli t.tgn itu adalah SNP yg standard dan telah ditetapkan syarat dan termanya oleh Kerajaan. Dan ianya sama sekali tidak boleh diubah sama ada oleh Pemaju atau Pembeli. Disebabkan ianya satu agreement yang standard, maka majoriti daripada Pembeli tidak membaca SNP tersebut.

13.) Alasannya, ini agreement standard sahaja, kalau baca pun sampai besok pun tak habis. Lagipun ini ayat lawyer, manalah saya faham. Itulah alas an-alasan yang biasa kita dengar.Peguam pun (sesetengahnya sahaja) ada yang tidak sempat untk menerangkan kpd Pembeli secara keseluruhan apakah terma-terma penting yang terdapat dalam SNP tersebut sebelum Pembeli t.tangan. Akibatnya, ramai yang beli rumah tetapi mereka tidak faham kandungan agreement yang mereka t.tgn itu. Bila ada masalah dengan rumah tersebut nanti barulah mereka akan cuba belek belek semula SNP tersebut.