Hidup Mengikut Kemampuan

Hidup mengikut kemampuan ini Amir dapat tahu dari blog En Zulkifli dimana beliau terangkan dengan pelbagai konsep yang mudah bagaimana kita boleh hidup dengan tenang tanpa memikirkan sangat tentang kemahuan kita yang tidak pernah habis2.

Dan prinsip ini juga adalah salah satu kunci kebahagiaan sebenar. Itu jugalah langkah pertama untuk bebas dari masalah kewangan. Bahagia hadir bila hati dan fizikal tak bergelut untuk penuhi kemahuan nafsu. Nafsu memang selalu nak itu dan nak ini. Tapi kena sedar duit hanya ada yang ini.

Antara tipsnya ialah :-
1) Belajar untuk berbelanja kurang daripada gaji dan wang yang masuk.
2) Berlatih untuk beli barang yang mampu dibeli sahaja.
3) Terima hakikat yang tak semua perkara mampu dimiliki.
Mungkin kita tak semewah orang lain, tapi hati kita senang sebab poket tetap berduit dan tiada hutang mengikis.

Hidup ikut kemampuan, insyaAllah bahagia jadi kenyataan.



Post a Comment

0 Comments