Kekurangan Emas Sebagai Pelaburan

Sudah semestinya setiap pelaburan ada untung dan rugi ibarat langit tidak selalunya cerah. Korang tau tak sebenarnya, pelaburan emas juga ada kekurangannya :-

1. Emas yang anda simpan hilang atau dicuri oleh orang.
Benda yang mempunyai nilai adalah benda yang paling suka buat si pencuri termasuklah emas.
Emas yang hilang akibat kita sendiri lupa dimana kita simpan juga kerap berlaku apabila kita suka berahsia dengan pasangan masing2 sehingga kita sendiri dah lupa mana letaknya emas2 kita itu. Ada ahli keluarga tidah tahu langsung bahawa ibubapa mereka menyimpan emas kerana tidak ditulis didalam wasiat. Emas itu akan hilang buat selamanya sehingga ia dijumpai oleh orang yang bertuah.

2. Melabur emas pada product yang salah
Korang perlu tahu bahawa dipasaran ada banyak product emas yang dijual oleh kedai2 emas mahupun syarikat swasta termasuk lah Public Gold. Tetapi anda perlu tahu apa product yang membawa keuntungan apabila harga emas naik kerana setiap product ada kriterianya seperti spread, hot item, buy back dari company dan lain2.

3. Membeli emas pada masa yang salah
Mesti ada yang terkejut bahawa harga emas pernah suatu dahulu berada statik atau tidak banyak berubah selama puluhan tahun (1930-1970). Siapa yang menyimpan masa ini, sudah pasti telah wariskan kepada anak cucu mereka. Yang untung adalah anak cucu mereka.

4. Anda tidak tahu apa yang anda buat
Ini adalah benda yang paling bahaya sekali kerana anda mungkin mudah ditipu oleh penjual emas, terbeli emas palsu, beli product emas yang sukar dijual balik atau termasuk dalam Skim Cepat Kaya versi Emas.


Post a Comment

0 Comments