Friday, 29 January 2016

Seminar Emas

Seminar ilmu tentang emas akan diadakan pada 27 feb nanti. Tiket dah boleh booking dulu pada mana2 branch Public Gold. Boleh collect masa register pada hari tersebut.

Jum kita sama2 menimba ilmu bagaimana emas dianggap penyelamat kejatuhan nilai ringgit.

Wednesday, 27 January 2016

Satu Harga Untuk Semua


Tahukah anda kalau nak beli emas Public Gold?

Tak ada harga dealer (ejen), tak ada harga ahli. 
Semua pembeli (termasuk dealer), beli emas Public Gold ikut harga yang dipaparkan di www.publicgold.com.my

Nak jadi dealer (ejen) pun tak perlu bayar yuran keahlian walaupun 1 sen. Beli emas / silver Public Gold RM30k dalam satu belian, dan jadi dealer PERCUMA.

Ya betul, percuma.


Tuesday, 26 January 2016

Public Gold Masuk Indonesia!!

Berita baik diterima semalam dari Fb Public Gold yang mereka dalam proses setup office di Jakarta, Indonesia. Mengikut plan, ia akan mula beroperasi sepenuhnya sebelum pertengahan tahun 2016. 

Antara faktor kenapa Public Gold cuba memasuki market disana ialah
1) Jumlah penduduk yang ramai (sekitar 280 juta) dan di Jakarta sahaja sudah mencecah 13-14 juta pada tahun 2015. Separuh dari jumlah penduduk Malaysia tu..
2) Industri mereka berkembang pesat dan pasaran lebih luas.
3) Penduduk mereka lebih gemar simpan emas dari wang kertas kerana nilai rupiah sangat rendah (makin rendah lagi akibat inflasi & terikat dengan dollar US)


Dengan hanya 3 faktor diatas, Public Gold Indonesia akan datang berkembang pesat lebih 10 KALI GANDA (anggaran) dari pasaran Malaysia, insyaAllah. 


Friday, 22 January 2016

Hutang Along Jangan Diambil Mudah

Pengalaman Amir sendiri semasa kerja sebagai HR Executive pernah mendengar pekerja2 muda meminjam wang dari Along sehingga Along tunggu dekat gate opis. Takut dia nak keluar opis dan asik tak cukup makan jer sebab kad atm dipegang oleh Along. Antara sebab mereka hutang dengan Along adalah termakan janji manis, mudah dapat pinjaman & termakan ajakan kawan.

Along sekarang ini pun dah bijak sebab mereka register company & buka kedai sebagai markas mereka. Paling menakutkan apabila berhutang dengan Along adalah undang-undang ikut mulut mereka. Pelbagai kisah yang masuk dalam newspaper yang pinjam RM500, dah bayar RM10,000 tapi masih tak dianggap selesai. Terus diugut dan diancam macam-macam sampai melibatkan ahli keluarga.

Interest berganda ikut mulut mereka yang boleh diubah sesuka hati. Perjanjian ada ditulis di kertas tetapi tak sama dengan yang dimulut.

Jadi siapa hutang dengan along, memang cari MAUT. Nak selesai 1 masalah, 1,000 masalah yang datang.

Thursday, 21 January 2016

Teknik "Manipulasi Emas"

Penulisan ini Amir ambil dari FB Tuan Azizi Ali mengenai teknik "Manipulasi Emas" yang giat berlaku pada tahun 2013-2015 dimana ramai yang sanggup menggadaikan emas mereka untuk mendapatkan wang sebelum membeli emas lagi.

Mentor Amir sendiri yang sudah berkecampung dengan bidang emas ini lebih 5 tahun juga tidak recommend teknik ini jika tiada ilmu yang betul dan beliau sendiri tidak melakukannya. Apa yang dinasihatkan adalah beli emas dari duit yang di SIMPAN bukan duit yang di PINJAM.

--------------------------------------------------
Ramai pembaca yang telah bertanya tentang teknik ‘manipulasi emas’. Berikut adalah sedikit penjelasan tentangnya:

1. Saya tidak pernah mendengar/membaca mana-mana skim pelaburan yang melibatkan pajak gadai/arrahnu di pratikkan di mana-mana negara di seluruh dunia (termasuk negara-negara Arab juga) sepanjang 20 tahun kebelakangan. Jadi teknik ini cuma dipratikkan oleh segelintir individu di Malaysia.

2. Tekaan saya teknik ini diperkenalkan dan dipopularkan oleh beberapa individu yang menjual emas untuk menambah jualan mereka.

3. Teknik ini pada asasnya adalah teknik meminjam wang dengan kadar faedah yang tinggi menggila (18% setahun) daripada pajak gadai/arrahnu. Walaupun strategi ini tidak salah disegi undang-undang, sudah tentu strategi meminjam wang dengan kadar faedah yang tinggi bukan strategi yang baik. Malah ianya AMAT membahayakan. Untuk buat duit, anda perlu mendapat pulangan lebih tinggi daripada kadar faedah yang dikenakan, dalam kes ini 18% setahun. Dan saya boleh confirm yang ianya amat susah sekali untuk mendapatkan pulangan 18% setahun (secara legal). Itulah sebabnya seluruh dunia hanya masuk kedai pajak gadai apabila terdesak sahaja. Ianya adalah last resort lender. Or maybe second last sebelum jumpa Along!

4. Poin berikutnya: apalah yang komplikated sangat dengan tindakan mengadai barangan dan berhutang? Sebab konsep mudah ini budak-budak sekolah pun boleh buat, takkanlah pakar-pakar kewangan/pelaburan dan mentor-mentor emas di luar negara (dan juga di Malaysia) tak terfikir untuk melakukannya? Takkanlah mereka begitu ignorant – boleh mencipta produk derivatif yang komplikated seperti credit default swap (CDS) dan collateralized debt obligation (CDO) – tetapi tak tahu tentang pajak gadai?
(Lepas ni mestilah ada individu yang akan membelitkan cerita dan menuduh saya mengagungkan orang kafir pula! Tapi kalau mereka refer buku Robert Kiyosaki dan Dave Ramsey tak mengapa!)

5. Kalaulah betul teknik ‘manipulasi emas’ ini berguna untuk pelaburan, sudah tentu pelabur-pelabur institusi di Malaysia seperti KWSP, PNB, Tabung Haji, LTAT serta pengurus dana-dana unit amanah juga akan mempraktikkannya. Mengapa menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit (yang berjumlah ratusan ribu ringgit setiap bulan) menggaji pasukan research? Gadai saja emas di pajak gadai dan praktikkan teknik ‘manipulasi emas’ – senang kerja.

6. Poin seterusnya: mengapa tauke emas Poh Kong, Habib dan Wah Chan tidak mempraktikkan teknik ‘manipulasi emas’ ini? Mereka penuh emas di tangan, jadi jika mereka mempraktikkan teknik ‘manipulasi emas’ ini, sudah tentu mereka akan menggandakan keuntungan! Sekurang-kurangnya in theory!

7. Mereka semua tidak melakukannya ialah kerana teknik tersebut adalah teknik pelaburan songsang, yang hanya akan berakhir dengan tangisan, kesalan dan kerugian.

8. Mereka yang untung mempraktikkan strategi ‘manipulasi emas’ ini adalah mereka yang menjual emas tersebut kepada orang lain, bukan mereka yang berdagang (jual beli) dengan syarikat emas itu sendiri.

9. Ada perbezaan diantara kedua sistem ini: dalam sistem yang pertama, pengusaha meminjam wang dengan kadar faedah yang tinggi untuk BERNIAGA emas; dalam sistem yang yang kedua, pengusaha meminjam wang dengan kadar faedah yang tinggi untuk MELABUR dalam emas. Saya rasa hanya segelintir individu dalam kumpulan pertama yang untung. Yang lainnya menanggung kerugian dan kesalan, yang tidak menghairankan memandangkan harga emas jatuh dari paras $1,889 tiga tahun dulu ke $1,145 masa post ini ditulis.

10. Lagi satu poin kritikal: Walaupun kebanyakkan peserta menanggung kerugian, kedua-dua sistem di atas masih sah kerana peserta hanya menjual beli emas. Tetapi apabila ada berlaku pembayaran dividen/hadiah/bonus, maka ianya menjadi pelaburan (dan bukan lagi perniagaan semata) dan oleh itu ia sudah menyalahi undang-undang (dari laman web BNM: Hanya institusi kewangan iaitu bank, syarikat insurans dan pengendali takaful serta pengurup wang, penyedia perkhidmatan pengiriman wang dan pemborong mata wang (kini dikenali sebagai ‘perniagaan perkhidmatan wang’) yang diberikan lesen oleh BNM di bawah undang-undang dan peraturan yang ditadbir oleh BNM dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan di Malaysia.).

11. Dalam kata lain, syarikat yang menarik pelanggan melabur dalam skim ‘manipulasi emas’ dengan memberikan pulangan – tak kiralah dengan serta merta atau ‘delay’ – telah menyalahi undang-undang negara Malaysia.

12. Pelaburan ‘manipulasi emas’ ini juga tak ada prospektus, tak ada laporan tahunan, tak ada auditor, tak ada trustee, tak pasti siapakah ‘pengurus’ pelaburannya, tak tahu apakah qualification ‘pengurus’ pelaburan tersebut dan tak pasti akan pengalaman ‘pengurus’ tersebut! Apakah ini jenis syarikat yang anda mahu mempercayai menguruskan wang anda?

Wednesday, 20 January 2016

Allah adalah Segalanya


Kejar dunia dapat dunia, kejar akhirat dapat dunia dan akhirat sebab dunia di depan akhirat.

"Barang siapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barang siapa menghendaki keuntungan di dunia, Kami berikan kepadanya sebagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bagian di akhirat." [42:20]

Monday, 18 January 2016

Rumah "AL-PAPA" - Skim Baru atau Scam

Ulasan tentang rumah dari pemaju Alfafa dibuat dengan detail oleh Tn Faizul Ridzuan sebagai peringatan buat kawan2 yang ingin membeli rumah tetapi termasuk skim seperti ini.


Petikan FB SyafiePetikan FB Syafie

Salam semua. Hari rasa panas sikit sebab ada ramai yang tag saya dan suruh saya komen pasal skim perumahan AGOGO ( Bukan nama sebenar ). Saya terus terang tak pernah deal dgn "developer" ni tapi pernah dengar banyak cerita mengenai mereka dari rakan-rakan seangkatan. Dan semua cerita yang saya dengar berkenaan pihak AGOGO ini, adalah komen negatif.

Tapi sebab saya disuruh berkongsi, saya akan kongsikan tips-tips bagaimana anda boleh mengelakkan dari kena SCAM dari skim-skim jahat dan yang seangkatan dengannya and membuat due diligence sebelum membeli apa-apa projek baru dari mana-mana pemaju :

1. KPKT : Industri hartanah adalah industri yang dipantau ketat oleh Kementrian Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Dan Kerajaan Tempatan atau nama ringkasnya. Semua pemaju yang berdaftar mesti mendaftar di bawah KPKT. Kalau rasa was-was dgn pemaju, boleh check kelulusan dan latar belakang mereka dgn KPKT di laman FB mereka 

https://www.facebook.com/KPKTMalaysia?fref=ts 
atau portal rasmi mereka http://www.kpkt.gov.my.

Kalau pemaju tak berdaftar dengan KPKT, mereka tak boleh jual rumah sebab melanggar undang-undang. Kalau mereka tak boleh nak ikut undang-undang untuk jadi pemaju yang sahih, memang anda sengaja cari pasal la kalau nak beli juga dari mereka.

Dialog En Afyan dan KPKTDialog En Afyan dan KPKT

2. APDL (Advertising Permit dan Development License) - Dalam Malaysia, semua pemaju walau sehebat mana pun ke-kroni-an mereka kena ada APDL sebelum boleh menjual sesuatu projek jenis kediaman (residential property). Tanya mereka apa nombor sahih APDL mereka. Kalau takde, maksudnya mereka dah melanggar undang-undang. Kalau anda nak beli juga jangan menagis bila tersontot kelak.

3. Tanya Uncle Google : Ni cara paling senang, tak samapi 1 minit. Kalau 1st page pun dah cakap pasal penipuan dan scam dan korang still rasa nak beli juga, padan muka in advance saya ucapkan untuk anda.
Pakcik Google 1
Paccik Google 2

4. Latar belakang PENGURUSAN pemaju : Kita kena fahami latar belakang mereka. Kalau mereka dah 30 tahun dalam indusri ni sebagai kontraktor dengan pemaju besar lain, mereka ada lah pengalaman untuk jadi pemaju hartanah. Tapi kalau anda beli sebab latar belakang pihak pemaju yang nampak islamik, sekali lagi padan muka saya ucapkan sebab agama tiada kaitan dengan kebolehan pihak pemaju menyiapkan rumah anda.

5. Projek sebelum ini yang sudah siap : Mana-mana pemaju yang berkaliber mesti dah ada projek yang dah siap sebelum ini. Minta mereka senarai pembangunan hartanah mereka sebelum ini. Kalau tergagap pemaju nak cerita atau pun mereka "claim" mereka ada projek di Kelantan, Sarawak, Perlis atau mana-mana negeri yang agak jauh untuk anda pegi semak, itu red-flag. Kalau ada yang berdekatan, pergi tengok projek mereka yang dah siap tu dan interview pembeli atau orang yang telah duduk di projek itu. Dapatkan feedback mereka.
Kalau semua yang anda interview pun menyumpah, then jangan la beli.

6. Kepelbagaian pinjaman atau loan : Ini signal penting untuk kita fahami kestabilan cashflow atau kekukuhan kewangan pihak pemaju. Kalau banyak bank yang jadi panel untuk financing/pinjaman, maksudnya banyak bank yang selesa dengan kedudukan kewangan pihak pemaju dan mereka yakin pihak pemaju mempunya pengalaman dan kewangan yang cukup untuk menyiapkan projek itu. Mereka dah buat kajian dan homework sebelum mereka berstuju utk jadi pemberi EF (end-financing) untuk projek tersebut.
Kalau mana-mana skim perumahan yang suruh anda bayar cash sebab tiada bank yang nak bagi EF, lari lah jauh jauh. Kalau projek tu hanya ada satu bank yang jadi EF pun, larilah jauh jauh dan selamatkan wang anda.

Apa-apa projek yang anda nak pertimbangkan, kena penuhi semua syarat diatas. But kalau tak nak buat research dan lepas tu kena tipu, jgn la datang menangis pada saya. Saya dah buat beratus sesi nasihat 1on1, dan yang datang jumpa saya mengadu kena tipu, 100% orang melayu. Yang menipu tu, majoritinya orang melayu beragama islam juga. Modus operandi penipu ni adalah :
a. Guna ayat-ayat atau konsep islamik
b. Gunakan sentimen perkauman dgn melagakan dengan bangsa lain untuk mempengaruhi anda untuk menyokong biz mereka.
c. Cerita bertapa mudahnya untuk anda buat duit melalu skim-scam mereka ini.

Ingatlah, manusia yang beragamakan duit, agama dan bangsa pun dia sanggup jual. Orang melayu baik-hati dan mudah percaya, tetapi kelemahan kita paling besar adalah kita n malas cari ilmu. Saya berpendapat sebab utama orang melayu selalu kena tipu adalah sebab kita kurang ilmu.

Kalau tak mahu kena tipu, kukuhkan diri dengan cari ilmu. Orang yang berilmu, susah kena tipu. Dan bila dapat ilmu, kongsikan supaya keluarga dan rakan anda pun boleh diselamatkan dari penipu-penipu bangsat yang mempergunakan sentimen agama dan bangsa.

Saya doakan anda semua lebih berilmu dan berjaya. Dan kalau anda tahu apa-apa skim yang nampak macam scam, sila komen di post ini supaya orang lain boleh berhati-hati dan elakkan dari ditipu.

p/s : SHAREkan post ini kalau anda tak mahu ada rakan-rakan /ahli keluarga yang mungkin terperangkap dalam skim-skim mengarut ini.

Dinar sebagai MasKahwin


Sekarang ini menjadi trending apabila kahwin, akan memberi maskahwin berbentuk emas. Persoalan yang timbul ialah mana satu yang bagus untuk diikut samada jumlah dinar atau jumlah RM?

Kalau mengikut jumlah dinar, boleh beli emas sekarang walaupun majlis aqad nikah akan berlangsung lagi 6 bulan. 
Sebagai contoh, hargar 1 dinar pada hari ini adalah RM696

Tetapi kalau dipersetujui mengikut RM (tetapi diconvert kepada dinar), Amir cadangkan beli dinar tu bila dekat dengan majlis aqad nikah tu nanti supaya tak berlaku perbezaan ketara antara harga dinar & RM yg dipersetujui, sebab harga emas ada turun naiknya.

Untuk dapatkan dinar terbaik sebagai hadiah maskahwin untuk yang tersayang, Amir syorkan dinar Public Gold. Ia jenama dinar paling dipercayai di Malaysia.


Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold (PG00058738)
012-2372641

Kisah Rashid dengan Emas


Sunday, 17 January 2016

Apa Yang Boleh Dibuat Dengan 1gram Emas?

Kita biasanya akan menyambut besday anak kita setiap tahun kan? Apa hadiah yang biasa kita berikan? Kereta atau anak patung?

Apakata kita ubah cara seperti sesetengah orang cina yang menyimpan emas sebagai hadiah untuk anak mereka. Mereka akan beli at least 10gram seorang kerana mereka sukar mendapat pinjaman pendidikan untuk anak2 mereka apabila mereka hendak masuk universiti.

Bayangkan pada umur anak tersebut mencecah 18 tahun, beliau sudah memiliki 180gram emas. Jika diukur nilai sekarang harganya ialah RM170x180g= RM30,600.

-Anak itu boleh sambung belajar tak perlu pinjam bank
-Boleh beli Axia secara CASH!!
-Boleh buat modal berniaga.

RM30,600 adalah harga pada hari ini. Pada 18 tahun akan datang tentulah nilainya akan terus meningkat. Ini telah terbukti apabila nilainya meningkat dalam jangka masa panjang. 10 tahun yang lalu harga emas hanyalah sekitar RM60/g.

Apa yang penting ialah kita teruskan simpan dan simpan. Kita menyimpan bukan takut miskin tetapi simpan untuk masa depan kerana kita perlu sediakan payung sebelum hujan.

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold (PG00058738)
012-2372641

Saturday, 16 January 2016

Bagaimana Rupa Opis Pertama Public Gold?

Ramai diantara dealer2 emas Punblic Gold tidak mengetahui rupa opis pertama PG yang bermula di Bukit Jambul. Buat mentor Amir, En Zulkifli yang sudah hampir 6 tahun dalam bidang ini berkongsikan pengalaman beliau semasa mula2 menceburi bidang ini hanya sebagai hobi menyimpan sahaja. Sekarang sudah mampu menjana pendapatan secara tetap selepas berhenti sebagai Akauntan.

Sekarang Public Gold sudah ada 18 cawangan, sudah masuk ke pasaran Singapore dan Vietnam, dan akan masuk secara rasminya ke Indonesia dan Brunei pada tahun ini (2016).

Melihat kepada asas yang kukuh oleh Public Gold, pernah keluar dari mulut pakar kewangan Tuan Azizi Ali katanya, kalau Dato Wira Louis Ng buka penjualan saham syarikat ini, dia akan jadi 2nd LARGEST SHAREHOLDER!

Hari ini, Public Gold sudah menjadi jenama emas pelaburan yang paling diyakini oleh pelabur dan institusi ar-rahnu di Malaysia.

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold (PG00058738)
012-2372641

Friday, 15 January 2016

Apa itu Emas Peringatan?

Seperti namanya, emas peringatan ini dikeluarkan bagi memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa sebagai contoh syiling emas peringatan sempena ulang tahun Masjid Negara ke 50 yang dikeluarkan oleh Bank Negara.
Ini syiling emas untuk Perayaan Hari Malaysia yang ke 50
Fakta yang anda mungkin tidak tahu bahawa syiling2 emas ini adalah versi limited edition dimana keluarannya terhad untuk beberapa keping. Secara tidak langsung, akan menarik pengumpul emas untuk membelinya. Dan yang paling utama adalah pengeluar ini boleh mengaut keuntungan dengan jualan syiling peringatan ini.

Bank UOB juga ada menjual syiling peringatan kepada pelanggannya. Ini termasuklah syiling Year of Monkey, syiling Guan Yin dan syiling Buddha.  Apa yang lebih menarik mengenai hal ini adalah mereka TIDAK akan membeli semula syiling emas tersebut! Pelik tetapi benar.

Thursday, 14 January 2016

5 Soalan Berkaitan Emas

Amir cuba kongsikan beberapa soalan yang mungkin anda tidak terpikir tentang emas ini sebenarnya selain ia adalah logam dan berwarna kuning. Hehe

Apakah kegunaan terbesar emas?
Dalam turutan permintaan :
1. Barang kemas (69%)
2. Pelabburan (19%)
3. Perindustrian (12%)


Apakah itu auns troy?
Emas diukur dengan auns troy, yang berbeza dengan auns avoirdupois (unit yang biasa digunakan). 1 auns troy ialah 10% lebih berat dari auns avoirdupois dan secara tepatnya ialah 31.1gram atau 480 grain. Beberapa buku sejarah mengatakan bahawa ia mendapat nama sempena perayaan Troyes di Champaign, Perancis iaitu pusat perdagangan yang terpenting pada abad ke 15.

Boleh kah emas dileburkan?
Ia boleh dileburkan dengan suhu 1,064 centigrade. Jangan anda cuba buat dirumah yer, takut terbakar plak rumah anda.

Siapakah yang mula2 mencipta syiling emas?
Maharaja Lydia, Croesus (kawasan yang terletak di barat Turki) adalah orang pertama yang menerbitkan syiling emas pada tahun 560S sebelum masihi. Apa yang istimewa mengenai syiling2 ini ialah sama berat dan nilainya antara satu asma lain dan ia oboleh digunakan sebagai mata wang ketika itu.

Apakah itu karat?
Ini bukan besi karat yer. Ini adalah kiraan yang digunakan pada emas untuk menentukan ketulenan sesuatu product emas. Emas tulen adalah 24 karat. 
Angka yang lebih rendah menunjukkan kandungan emas bercampur dengan aloi lain. 

Sebagai contoh : 
18 karat bermaksud 18/24 daripada 100% emas bersamaan 75% emas tulen yang dicampurkan dengan aloi lain seperti perak, tembaga, zink atau paladium. 
Tujuan utama menambahkan logam lain ialah untuk menguatkan produk itu seperti barang kemas.


Wednesday, 13 January 2016

Umrah Ramadhan 'VIP' Hanya 10 Dinar

Tawaran menarik dari Public Gold apabila mereka anjurkan Umrah dengan nilai 10 Dinar. 

Amir dapat info jika pakej Umrah bulan Ramadhan ini harga dia boleh mencecah rm9,000 sebab peak season. Ramai yang berebut nak dapatkan peluang ini. Tetapi dengan Public Gold, kosnya hanya 10 dinar (dalam RM7,000) sahaja. Jimat at least dalam RM2,000!

Anda tak silap pandang, memang betul tu. Dengan hanya 10 Dinar sahaja. Kita bayar dengan 42.5 gram emas, bukan pakai RM ya.

Terhad kepada 50 penyertaan sahaja!

Monday, 11 January 2016

Bengkel Emas & Syariah

Post ini Amir sharekan balik buat pembaca blog Amir tentang Seminar yang dianjurkan oleh Mentor Amir bagi membantu kita memahami tentang konsep Emas mengikut Syariah Islam.

-----------------------------------------------------------------------

KENAPA KAMI ANJURKAN SEMINAR?

Jual beli emas kini sudah melalui proses inovasi. Ia bukan seringkas hulur duit dan terus nampak emas di depan mata. Ada yang perlu proses “lock harga” dahulu, hinggalah kepada isu Akaun Emas.

Jadi persoalan syariah dalam jual beli emas bukan mudah untuk difahami oleh mereka yang tiada asas ilmu mualamat Islam. Kefahaman tentang aqad jual beli itu sendiri sudah ramai yang bercelaru, apatah lagi tentang hukum yang lebih komplikated.

Ia mustahil difahami kalau hanya sekadar baca facebook, melihat youtube atau penerangan melalui sms atau whatsapp. Ia mustahil!

Jadi saya memujuk Ustaz Khairul Anuar Basri supaya bantu masyarakat untuk memahami isu ini dengan mengadakan seminar terbuka untuk sesiapa sahaja. Selepas menghadiri seminar ini, insyaAllah hilanglah segala keraguan dan berjual belilah emas dengan hati yang tenang…

BENGKEL EMAS & SYARIAH

Tarikh:
6 Februari 2016 (Sabtu)

Masa:
10.00 pagi – 1.00 tengahari

Tempat:
5-1, Jalan Jelatek Satu, Jelatek Business Park, KL
(Sebelah Stesen LRT Setiawangsa)

Yuran:
RM25 seorang

SIAPA PERLU HADIR

Peniaga dan ejen emas
Pelabur dan pembeli emas
Pelabur dan dealer emas Public Gold
KANDUNGAN

BAHAGIAN 1 : EMAS (oleh Zulkifli)
Kepentingan emas dalam membina kekayaan
Berapa banyak emas perlu disimpan?
Apakah kriteria emas terbaik sebagai simpanan?

BAHAGIAN 2 : SYARIAH (oleh Ustaz Khairul)
Prinsip asas syariah dalam jual beli emas
Memahami Parameter Pelaburan Emas Majlis Fatwa Kebangsaan
Jual beli emas Public Gold dari kaca mata syariah
PROFIL UST KHAIRUL ANUAR

Ahli Majlis Pengawasan Syariah, Mitsui Sumitomo Banking Corporation Malaysia Berhad. (KINI)
Penasihat dan Perunding Syariah, PMB Tijari Berhad. (KINI)
Perunding Syariah, NK Systems Sdn. Bhd. (KINI)
Penasihat Pembangunan Perniagaan, Koperasi Harmonis Sentosa Bhd. (KINI)
Penasihat Perniagaan, D’Hajjah Boutique. (KINI)
Authorised Master Dealer, Public Gold Malaysia Berhad. (KINI)
Ketua Pegawai Eksekutif, Koperasi Muslimin Malaysia Berhad. (2013 – 2014)
Naib Presiden, Pematuhan Syariah, BNP Paribas Malaysia Berhad. (2012 – 2013)
Pengurus Kanan, Pematuhan Syariah, CIMB Investment Berhad. (2010 – 2012)
Ketua Jabatan Syariah, HSBC Amanah Malaysia Berhad. (2008 – 2010)
Penolong Pengurus, Pematuhan dan Semakan Syariah, Kuwait Finance House Malaysia Berhad. (2005 – 2008)

CARA MENDAFTAR
Terhad kepada 30 peserta pertama sahaja.

Untuk pendaftaran, wassap kepada 012-344 5007 (Ustaz Khairul Anuar) untuk pastikan kekosongan tempat. Sekiranya masih ada kekosongan, buat bayaran RM25 ke akaun 7600069617 (CIMB) atas nama Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri.

Seat dikira confirm berdasarkan, siapa bayar dahulu, dia confirm dahulu.

http://www.mohdzulkifli.com/bengkel-emas-dan-syariah

Mengapa Penyelewengan Berlaku

Mesti ada diantara kita yang tertanya2 kenapa masih ramai lagi orang boleh terjebak dalam Skim Cepat Kaya ini walaupun sudah banyak kali dipesan oleh kerajaan melalui media massa dan laporan2 di dada akhbar. Yang ajaibnya, skim2 ini seperti hilang tumbuh patah berganti pula selepas satu2 SCK ini tutup.

Dari sudut kajian yang dibuat, ada beberapa sebab kenapa penyelewengan ini berlaku :-

Keadaan Ekonomi
1. Negara yang sedang melalui zaman kemakmuran
Dimana ada banyak wang, disitu ada banyak penipuan yang berlaku. Apabila ekonomi sesebuah negara tengah naik, dan pendapatan serta simpanan rakyat meningkat. Disitu lah timbulnya SCK ini bagi menarik lagi orang untuk melabur.

2. Kredit boleh digunakan
Salah satu sebab lagi adalah orang boleh meminjam wang untuk melabur didalam pelaburan. Strategi ini kerap kali digunakan dengan menarik minat pelabur dengan menjanakan wang atas angin (guna duit bank). Hakikatnya, ramai yang terduduk apabila pelaburan itu lenyap tanpa khabar.

3. Teknologi
Dengan adanya teknologi ini, SCK ini menjadi lagi mudah kerana semua transaksi menggunakan online dan juga semua info "benar" hanya perlu dipaparkan di dalam laman web mereka sahaja. Lagi mudah duit keluar dan masuk apabila teknologi ini makin berkembang. Tauke SCK ini boleh menghilangkan jejak mereka dengan mudah juga kerana mereka tidak berdepan "face to face" dengan pelabur2 mereka. Semua hanya atas talian.

Keadaan Peribadi
Mari kita lihat pula apa ciri2 yang membuatkan orang mudah sangat hendak melabur ke dalam skim2 sebegini

1. Kesediaan Wang
Syarat yang paling utama adalah memiliki wang. Jika seseorang itu ada wang, mudah mereka untuk melabur apabila termakan janji manis.

2. Sifat Tamak
Kebanyakan orang melabur dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan atau wang lebih. Tetapi apabila pelaburan yang mereka sudah masuk itu membuahkan hasil, akan timbul 1 perasaan tamak untuk melabur lebih lagi + menarik lagi orang lain untuk melabur juga supaya komisen mereka menjadi lebih besar lagi. Itu lah yang terjadi pada kesemua orang yang terjebak dengan SCK kaya termasuk la golongan elite seperti doktor, peguam, hakim, guru dan lain2 apabila SCK Pak Man Telo mula naik pada tahun 80an hingga 90an, Swisscash, Unifun, Highway Resources dan yang seumpama dengannya.

3. Kurang Pengetahuan tentang Pelaburan
Apabila kita tiada ilmu atau kurang ilmu pengetahuan tentang pelaburan, ia memudahkan SCK kaya memerangkap orang2 ini untuk melabur. Dengan hanya menabur janji manis serta merasai sedikit komisen/dividen yang dilaburkan itu membuatkan kita yakin bahawa pelaburan ini "sah" dan "halal". Hakikatnya, anda sendiri tahu apabila sudah terkena dengan skim2 seperti ini.



Saturday, 9 January 2016

Cari Ilmu Sebelum Melabur Hartanah


Amir kongsikan status dari FB Tn Faizul yang gemar membantu anak muda sekarang untuk membeli rumah dengan cara yang betul. Mahu tahu tips2 beliau, boleh follow 3 link dibawah sebagai bahan rujukan selain membeli buku2 pasal kewangan dan hartanah sebagai persediaan kita untuk melabur

1. Faizul Ridzuan
(klik gambar satu persatu dalam album yang saya sengaja susun untuk perkongsian ilmu dan tips hartanah. Boleh tekan kiri dan kanan kalau nak terus baca )

2. 7 Notes

3. Gilahartanah

Lebih seratus nasihat dan tips pelaburan, semuanya percuma. Jangan cakap saya tak share ^^

p/s : Selalu ter'miss perkongsian saya? Pergi ke profile FB saya, klik butang "FOLLOW", dan pilih "SEE FIRST". InsyaAllah takkan miss lepas ni ^^

Friday, 8 January 2016

10 Fakta Emas Yang Mungkin Kita Tidak Tahu

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari zaman purba apabila mereka mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum).

3. Nombor atom untuk emas adalah 79.

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas,
hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)

8. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

9. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

10. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

Thursday, 7 January 2016

5 Rahsia Pelabur Emas Yang Sentiasa Senyum

“Alamak!!!… Dah lock harga (place order) tadi, tapi harga turun lagi…. Nak buat macam mana ni???”

Antara reaksi biasanya orang yang baru PERTAMA KALI BELI EMAS. Naik dan turun tu normal. Kalau harga naik tapi tak turun-turun, itu Tak Normal. Kalau turun dan tak naik-naik tu pun Tak Normal juga. Ia cuma persoalan masa. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Ada masa dia naik sampai 35% setahun, ada tahun cuma naik 7% dan ada juga turun sebanyak 27% setahun. 

Tapi bagi sesiapa menyimpan emas sebagai WEALTH PROTECTION seperti Amir, biasanya mereka tak kisah harga naik turun.

Ada duit lebih, Amir beli emas. Harga naik, Amir senyum sebab nilai kekayaan meningkat. Harga turun pun Amir senyum sebab ini peluang untuk beli lagi pada harga rendah. Apa pun keadaan, jadilah pelabur emas yang sentiasa senyum yer kawan2. 

Untuk jadi pelabur yang sentiasa senyum, ini Amir kongsikan 5 rahsianya:

Rahsia #1 – Asingkan Duit Kecemasan, Simpan Emas Jangka Panjang

Sebelum beli emas, asingkan dulu duit simpan kecemasan. Terbaiknya simpan (3) bulan pendapatan. Kalau berlaku kecemasan, anda tak perlu jual emas-emas tu tapi gunakan duit kecemasan jer. Amir beli emas dengan duit lebihan untuk simpanan jangka panjang. Pendek kata, Amir memang tak pakai duit tu untuk tempoh at least setahun.

Amir tak galakkan orang beli emas dengan duit kecemasan, duit yang nak digunakan dalam masa setahun. Kalau harga emas turun mendadak boleh mengganggu tidur yang lena, maksudnya duit tu tak sesuai beli emas. Lebih baik simpan dalam Tabung Haji jer…

Rahsia #2 – Beli Emas Dengan Duit Lebihan, Bukan Pinjaman
Beli emas dengan duit lebihan, bukan duit pinjaman. Tak kiralah samada duit pinjaman bank ataupun duit family. Amir beli emas guna duit hasil bisnes sendiri, duit simpanan gaji bulanan dan duit bonus tahunan. Amir tak buat loan beli emas sebab matlamat amir, “plenty of money, peace of mind”.

“Pelaburan” pada hakikatnya ialah untuk orang yang ada duit lebih. Kalau tak ada duit lebih, lebih baik berniaga berbanding melabur. Daripada duit tu dimakan inflasi, lebih baik beli emas yang kalis inflasi. Amir memang tak galakkan orang beli emas dengan duit pinjaman KECUALI hanya itulah cara dia disiplinkan diri untuk menyimpan. Memang ramai orang yang tak boleh pegang duit, dan tak boleh menyimpan secara berdisplin. Kalau ada duit, mesti cepat habis. Daripada duit habis macam tu, mungkin buat pinjaman (bank) dan beli emas dapat bantu dia menyimpan secara berdisiplin setiap bulan.

Rahsia #3 – Beli Untuk “Wealth Protection”, Bukan Spekulasi

Amir beli emas untuk wealth protection (pelindung kekayaan). Protect duit dari ‘dicuri’ (dibelanjakan) diri sendiri, protect dari inflasi, dan paling menakutkan, protect dari keruntuhan sistem matawang! Emas adalah penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia daripada sebarang keadaan ekonomi sepanjang zaman. Duit kertas yang kita simpan sangat berisiko. Tengoklah ketika Ringgit Malaysia merudum tahun 1997 oleh ‘penyangak’ matawang bernama George Soros. Duit Malaysia jatuh tergolek daripada RM2.50 untuk USD1, kepada RM3.80 untuk USD1. Bahkan pernah jatuh sehingga RM4.70 untuk USD1 pada 7 Januari 1998. Nilai duit kertas jatuh 52% hanya dalam tempoh yang singkat! Kalau sebelum gawat kita beli barang import RM25,000, lepas gawat kita terpaksa bayar RM38,000 untuk barang yang sama disebabkan kejatuhan nilai matawang ringgit. Terpaksa top-up RM13,000 (52%)!

Dan tengoklah apa berlaku kepada negara-negara yang huru-hara, peperangan, dan hilang kestabilan ekonomi. Apa berlaku kepada duit kertas pada zaman Jepun menjajah Tanah Melayu dulu. Siapa sanggup terima DUIT KERTAS yang dipanggil “duit pisang” lepas kekalahan Jepun? Ia cuma kertas yang hanya layak dijadikan “wallpaper” kata Sheikh Imran Hosein. Mungkin datuk dan nenek kita faham benar situasi ini. Dan siapa jamin negara kita akan sentiasa stabil sepanjang masa? Kalau ia berlaku, segala kekayaan yang kita usahakan akan kembali kepada “kosong”! (Youtube: Risiko Tak Menyimpan Emas – Sheikh Imran Hosein)

Untuk wealth protection, matlamat Amir memperbanyakkan keping (gram) emas yang Amir ada. Bukan sekadar “buy low, sell high”. Kalau tahun ni ada 50 keping dinar, tahun depan Amir akan tambahkan jadi 60 keping. Itulah cara Amir.

Rahsia #4 – Pantau Harga Bila Perlu Sahaja

Anda tak perlu pantau harga emas tiap-tiap hari, apatah lagi sejam sekali! Bila harga naik, rasa happy. Bila turun, rasa terkilan. Jangan bazirkan emosi dengan turun naik harga emas. Pantau harga emas memang boleh mengganggu emosi, dan sungguh memenatkan. Nasihat Amir, lepas beli, tak payah tengok dah harga. Cek harga emas hanya bila (1) nak jual, atau (2) nak beli lagi. Itu jer. Kalau nak compare harga, compare dengan harga setahun dari tarikh anda beli, bukan compare tiap-tiap hari. Jangan bazirkan emosi.

Rahsia #5 – Melabur Sambil Berniaga Emas
Bagi sesiapa beli emas Public Gold RM30,000 dalam satu resit, anda layak jadi dealer secara automatik mengikut promosi tahun lepas. Amir jadi dealer sebab beli emas, bukan beli emas sebab nak jadi dealer (untuk berniaga emas). Tapi alang-alang jadi dealer, Amir ambil tanggungjawab untuk pandaikan orang ramai tentang emas melalui BLOG dan FACEBOOK. Amir perhati, ramai orang buat kesilapan yang tak sepatutnya dalam pelaburan emas sebab (1) melabur tanpa ilmu, ataupun (2) ‘termakan’ kata-kata penjual emas yang tak bertanggungjawab. Sebagai orang yang Allah bagi ilmu tentang emas, amir perlu bantu orang ramai melabur dalam emas cara yang tepat, selamat dan menguntungkan, insyaAllah.

Bisnes emas ni boleh buat secara sambilan jer. Orang lain buka facebook untuk cek status (wall post) orang lain, kita juga guna facebook, tapi untuk bagi tips-tips mudah tentang emas. Orang lain spent masa tengok TV, kita tukarkan masa TV untuk terus belajar dan berkongsi ilmu tentang emas dan kewangan. Tapi bila orang lain risau turun naik harga emas, insyaAllah, kita sentiasa senyum sepanjang masa. Harga emas naik, kita senyum sebab kekayaan meningkat. Harga emas turun, kita senyum sebab komisyen melambung hasil membantu orang lain membeli emas pada harga rendah. Dan apa kata gunakan duit komisyen untuk beli emas lagi, insyaAllah. Apapun keadaan harga emas, penyimpan sambil berniaga emas sentiasa berada pada posisi “senyum dan happy”, insyaAllah…

Itulah lima (5) rahsia untuk jadi pelabur emas yang sentiasa senyum dan happy. Kalau anda masih risau turun naik harga emas, mungkin boleh semak balik 5 tips ni. Mudah-mudahan anda juga jadi pelabur emas yang sentiasa senyum, insyaAllah.

Wednesday, 6 January 2016

Kedudukan Emas Dalam Kewangan

Emas bukanlah segala-galanya. Emas hanyalah satu dari alat-alat kewangan.

Peranan emas lebih kepada PENYIMPAN NILAI. Ia pelindung kekayaan. Kalau nak dikelaskan, ia boleh dikelaskan sebagain SIMPANAN, bukan PELABURAN dalam erti kata sebenar. Ia tak membuatkan kekayaan kita BERKEMBANG, tetapi ia MENGEKALKAN kekayaan kita walauapapun situasi EKONOMI & POLITIK.

Selepas cukupkan simpanan 3 - 6 bulan pendapatan dalam bentuk tunai i.e Tabung Haji / ASB, emas boleh dijadikan simpanan tambahan. Duit Tabung Haji/ ASB itu terjamin dari sudut NOMBORnya, tetapi simpanan EMAS terjamin dari sudut NILAINYA dalam jangka panjang walaupun berlaku RIBUT pada ekonomi dan politik negara.

Pakar kewangan Tuan Azizi Ali mencadangkan 10%-30% kekayaan kita disimpan dalam bentuk emas pada setiap masa. Duit selebihnya, laburlah ditempat lain yang kita mempunyai ilmu tentangnya untuk tujuan KEMBANGKAN kekayaan.

Jadi kaya tu penting, tapi yang lebih penting ialah tak jadi miskin bak kata Tuan Azizi Ali.

Tuesday, 5 January 2016

Bayar Hutang Sebelum Melabur


Soalan : 
Bayar hutang dahulu atau laburkan dahulu baru bayar hutang?

Jawapan :
Kaedah yang bijak ialah laburkan dahulu. Dapat untung baru bayar hutang. Tapi dalam kebanyakkan kes, duit itu LEBUR dahulu sebelum sempat bayar hutang. Hutang tak berbayar, duit pun habis. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Kalau betul memang bijak melabur, sepatutnya kita tak akan menanggung hutang-hutang negatif begitu.

Kesimpulannya, bagi Amir sendiri adalah bayarlah hutang terlebih dahulu sebelum duit itu LEBUR dalam pelaburan.

Monday, 4 January 2016

Emas Tidak Menjanakan Pendapatan

Korang tau tak sebenarnya, Emas ini tak dapat menjana pendapatan macam dividen seperti di ASB atau TH.

Amir biasa dengar skim2 "pelaburan" emas  yang menjanjikan income mingguan, bulanan atau tahunan, Kebarangkalian besar ianya SKIM CEPAT KAYA yang bertopengkan emas!

Tapi ada SATU jalan untuk menjana pendapatan melalui emas (i.e. bulanan), iaitu berniaga emas


Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738 
(H/P:012-2372641)

Sunday, 3 January 2016

Jangan Kena TIPU

Ada banyak pelaburan diluar sana, kita tak tahu yang mana jujur yang mana tipu. Formula TIPU ini boleh membantu

T - TIDAK AKAN RUGI, jika ada yang datang dan berkata pelaburannya tak akan rugi. Tumbuk mukanya sekali.

I - INDAH KHABAR DARI RUPA, Janji keuntungan setiap bulan, setiap hari setiap masa. %nya luar biasa tinggi.

P - PELUANG SEKALI SAHAJA, Kali nie saja, kalau terlepas akan menyesal sampai mati.

U - UNTUNG BESAR, Kadar keuntungan luar biasa besar. Dividen berkali ganda dari ASB dan TH.

Jangan mudah percaya dan leleh air liur bila ada yang tunjukkan wang bentuk kipas. Itu penipu kebanyakkannya.

Lelaki jujur tak suka menipu gegadis manis

Tips bagus ini dishare oleh Tuan Azizul

Announcement - Debit & Credit Card User


Buat pengguna Debit & Credit Card bagi tujuan pembelian secara online dan juga transaksi CNP (Card Not Present) perlu call bank masing2 untuk mengaktifkannya kembali bermula 1 Jan 2016. Syarat ini dibuat bagi tujuan sekuriti yang disahkan oleh pihak Bank.

Maybank Call Centre :-
Please contact Maybank Group Customer Care at 1300 88 6688 or +603 7844 3696 any time, any day.

CIMB Call Centre :-
Please contact our Call Centre at +603 6204 7788 (within Malaysia) or +603 2295 6100 (from Overseas).

Berkongsi info sebab kami memang banyak buat transaksi online ini.

2015 : Harga Emas Naik Atau Jatuh?

Tahun 2015 telahpun berlalu. Persoalannya, tahun 2015 adakah harga naik atau turun?

Jika lihat pada graf harga emas DUNIA, harga emas kelihatan jatuh. Pendek kata, siapa beli awal tahun dan jual akhir tahun, dia mengalami kerugian!

Tetapi realiti di MALAYSIA tak begitu. Awal tahun 2015, harga emas sekitar RM140 per gram. Dan pada 31 Dec yang lepas, harga emas di Malaysia menutup tirai sekitar RM160. Ia kelihatan untung.

Persoalannya kenapa?

Ia berlaku begitu disebabkan RINGGIT telahpun jatuh sekitar 35% pada tahun 2015. Ribut ekonomi dan politik yang berlaku dalam negara kita tahun 2015 menyebabkan harga emas Malaysia tidak jatuh sebagaimana harga emas dunia. Emas mempertahankan kekayaan kita dari terus susut.

Jadi bagi pendapat Amir, selain simpan duit dalam Tabung Haji / ASB yang kekal NOMBORnya, adalah bagus simpan SEBAHAGIAN duit dalam bentuk emas yang kekal NILAInya. Kalau berlaku ribut dalam ekonomi dan politik negara pun, kekayaan kita masih lagi BERTAHAN. Ia tak akan terbang dibawa angit ribut tersebut.

Saturday, 2 January 2016

Fakta Emas :: Negara Yang Paling Banyak Menggunakan Emas

Jawapannya ialah negara India, Negara itu menggunakan 555.1 tan emas dalam tahun 2007. Dan terma 'menggunakan' di sini bermaksud permintaan, dan bukan 'penggunaan sehingga lupus.'


Friday, 1 January 2016

Fakta Emas :: Negara Paling Banyak Keluarkan Emas

Negara Afrika Selatan telah menjadi nombor satu selama bertahun - tahun. Namun kini tidak lagi kerana China telah mengatasi mereka apabila China mengeluarkan 355 tan dalam tahun 2011, diikuti dengan Australia (270 tan) dan USA (237 tan).