Apa itu Emas Peringatan?

Seperti namanya, emas peringatan ini dikeluarkan bagi memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa sebagai contoh syiling emas peringatan sempena ulang tahun Masjid Negara ke 50 yang dikeluarkan oleh Bank Negara.
Ini syiling emas untuk Perayaan Hari Malaysia yang ke 50
Fakta yang anda mungkin tidak tahu bahawa syiling2 emas ini adalah versi limited edition dimana keluarannya terhad untuk beberapa keping. Secara tidak langsung, akan menarik pengumpul emas untuk membelinya. Dan yang paling utama adalah pengeluar ini boleh mengaut keuntungan dengan jualan syiling peringatan ini.

Bank UOB juga ada menjual syiling peringatan kepada pelanggannya. Ini termasuklah syiling Year of Monkey, syiling Guan Yin dan syiling Buddha.  Apa yang lebih menarik mengenai hal ini adalah mereka TIDAK akan membeli semula syiling emas tersebut! Pelik tetapi benar.

Post a Comment

0 Comments