Hutang Along Jangan Diambil Mudah

Pengalaman Amir sendiri semasa kerja sebagai HR Executive pernah mendengar pekerja2 muda meminjam wang dari Along sehingga Along tunggu dekat gate opis. Takut dia nak keluar opis dan asik tak cukup makan jer sebab kad atm dipegang oleh Along. Antara sebab mereka hutang dengan Along adalah termakan janji manis, mudah dapat pinjaman & termakan ajakan kawan.

Along sekarang ini pun dah bijak sebab mereka register company & buka kedai sebagai markas mereka. Paling menakutkan apabila berhutang dengan Along adalah undang-undang ikut mulut mereka. Pelbagai kisah yang masuk dalam newspaper yang pinjam RM500, dah bayar RM10,000 tapi masih tak dianggap selesai. Terus diugut dan diancam macam-macam sampai melibatkan ahli keluarga.

Interest berganda ikut mulut mereka yang boleh diubah sesuka hati. Perjanjian ada ditulis di kertas tetapi tak sama dengan yang dimulut.

Jadi siapa hutang dengan along, memang cari MAUT. Nak selesai 1 masalah, 1,000 masalah yang datang.

Post a Comment

0 Comments