Teknik "Manipulasi Emas"

Penulisan ini Amir ambil dari FB Tuan Azizi Ali mengenai teknik "Manipulasi Emas" yang giat berlaku pada tahun 2013-2015 dimana ramai yang sanggup menggadaikan emas mereka untuk mendapatkan wang sebelum membeli emas lagi.

Mentor Amir sendiri yang sudah berkecampung dengan bidang emas ini lebih 5 tahun juga tidak recommend teknik ini jika tiada ilmu yang betul dan beliau sendiri tidak melakukannya. Apa yang dinasihatkan adalah beli emas dari duit yang di SIMPAN bukan duit yang di PINJAM.

--------------------------------------------------
Ramai pembaca yang telah bertanya tentang teknik ‘manipulasi emas’. Berikut adalah sedikit penjelasan tentangnya:

1. Saya tidak pernah mendengar/membaca mana-mana skim pelaburan yang melibatkan pajak gadai/arrahnu di pratikkan di mana-mana negara di seluruh dunia (termasuk negara-negara Arab juga) sepanjang 20 tahun kebelakangan. Jadi teknik ini cuma dipratikkan oleh segelintir individu di Malaysia.

2. Tekaan saya teknik ini diperkenalkan dan dipopularkan oleh beberapa individu yang menjual emas untuk menambah jualan mereka.

3. Teknik ini pada asasnya adalah teknik meminjam wang dengan kadar faedah yang tinggi menggila (18% setahun) daripada pajak gadai/arrahnu. Walaupun strategi ini tidak salah disegi undang-undang, sudah tentu strategi meminjam wang dengan kadar faedah yang tinggi bukan strategi yang baik. Malah ianya AMAT membahayakan. Untuk buat duit, anda perlu mendapat pulangan lebih tinggi daripada kadar faedah yang dikenakan, dalam kes ini 18% setahun. Dan saya boleh confirm yang ianya amat susah sekali untuk mendapatkan pulangan 18% setahun (secara legal). Itulah sebabnya seluruh dunia hanya masuk kedai pajak gadai apabila terdesak sahaja. Ianya adalah last resort lender. Or maybe second last sebelum jumpa Along!

4. Poin berikutnya: apalah yang komplikated sangat dengan tindakan mengadai barangan dan berhutang? Sebab konsep mudah ini budak-budak sekolah pun boleh buat, takkanlah pakar-pakar kewangan/pelaburan dan mentor-mentor emas di luar negara (dan juga di Malaysia) tak terfikir untuk melakukannya? Takkanlah mereka begitu ignorant – boleh mencipta produk derivatif yang komplikated seperti credit default swap (CDS) dan collateralized debt obligation (CDO) – tetapi tak tahu tentang pajak gadai?
(Lepas ni mestilah ada individu yang akan membelitkan cerita dan menuduh saya mengagungkan orang kafir pula! Tapi kalau mereka refer buku Robert Kiyosaki dan Dave Ramsey tak mengapa!)

5. Kalaulah betul teknik ‘manipulasi emas’ ini berguna untuk pelaburan, sudah tentu pelabur-pelabur institusi di Malaysia seperti KWSP, PNB, Tabung Haji, LTAT serta pengurus dana-dana unit amanah juga akan mempraktikkannya. Mengapa menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit (yang berjumlah ratusan ribu ringgit setiap bulan) menggaji pasukan research? Gadai saja emas di pajak gadai dan praktikkan teknik ‘manipulasi emas’ – senang kerja.

6. Poin seterusnya: mengapa tauke emas Poh Kong, Habib dan Wah Chan tidak mempraktikkan teknik ‘manipulasi emas’ ini? Mereka penuh emas di tangan, jadi jika mereka mempraktikkan teknik ‘manipulasi emas’ ini, sudah tentu mereka akan menggandakan keuntungan! Sekurang-kurangnya in theory!

7. Mereka semua tidak melakukannya ialah kerana teknik tersebut adalah teknik pelaburan songsang, yang hanya akan berakhir dengan tangisan, kesalan dan kerugian.

8. Mereka yang untung mempraktikkan strategi ‘manipulasi emas’ ini adalah mereka yang menjual emas tersebut kepada orang lain, bukan mereka yang berdagang (jual beli) dengan syarikat emas itu sendiri.

9. Ada perbezaan diantara kedua sistem ini: dalam sistem yang pertama, pengusaha meminjam wang dengan kadar faedah yang tinggi untuk BERNIAGA emas; dalam sistem yang yang kedua, pengusaha meminjam wang dengan kadar faedah yang tinggi untuk MELABUR dalam emas. Saya rasa hanya segelintir individu dalam kumpulan pertama yang untung. Yang lainnya menanggung kerugian dan kesalan, yang tidak menghairankan memandangkan harga emas jatuh dari paras $1,889 tiga tahun dulu ke $1,145 masa post ini ditulis.

10. Lagi satu poin kritikal: Walaupun kebanyakkan peserta menanggung kerugian, kedua-dua sistem di atas masih sah kerana peserta hanya menjual beli emas. Tetapi apabila ada berlaku pembayaran dividen/hadiah/bonus, maka ianya menjadi pelaburan (dan bukan lagi perniagaan semata) dan oleh itu ia sudah menyalahi undang-undang (dari laman web BNM: Hanya institusi kewangan iaitu bank, syarikat insurans dan pengendali takaful serta pengurup wang, penyedia perkhidmatan pengiriman wang dan pemborong mata wang (kini dikenali sebagai ‘perniagaan perkhidmatan wang’) yang diberikan lesen oleh BNM di bawah undang-undang dan peraturan yang ditadbir oleh BNM dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan kewangan di Malaysia.).

11. Dalam kata lain, syarikat yang menarik pelanggan melabur dalam skim ‘manipulasi emas’ dengan memberikan pulangan – tak kiralah dengan serta merta atau ‘delay’ – telah menyalahi undang-undang negara Malaysia.

12. Pelaburan ‘manipulasi emas’ ini juga tak ada prospektus, tak ada laporan tahunan, tak ada auditor, tak ada trustee, tak pasti siapakah ‘pengurus’ pelaburannya, tak tahu apakah qualification ‘pengurus’ pelaburan tersebut dan tak pasti akan pengalaman ‘pengurus’ tersebut! Apakah ini jenis syarikat yang anda mahu mempercayai menguruskan wang anda?

Post a Comment

0 Comments