Monday, 28 March 2016

Emas 1 KG!!


Minggu lepas, Public Gold ada keluarkan gold bar 1 Kilogram. Ramai yang teruja bila melihatnya. Bagi Amir, jangan tengok kepada emas tu sahaja. Cuba tengok apa disebalik pengeluaran emas tu.

Sebelum ni paling besar hanya 250 gram. Tiba-tiba terus keluarkan gold bar 1000 gram.

Agak-agak apa maksudnya tu?
1. Company yang kukuh
2. Platform yang terbaik
3. Mempunyai permintaan yang tinggi
4. Emas yang berkualiti
5. Emas yang laku dimana2 sahaja (Yer la kan..hehe)

Jika ada yang berminat, boleh buat tempahan melalui Amir & boleh check harga terus di laman web PG (https://publicgold.com.my/v1/index.php)

Thursday, 24 March 2016

Pembiayaan Islamik menindas?

Pembiayaan Islamik menindas? Selling price tak masuk Akal? Kenakan profit yang tinggi? Jom kita buktikan 'penindasan' tersebut.

Ketidakfahaman orang ramai ke atas pembiayaan Islamik akan terus meletakkan persepsi negative ke atas institusi perbankan islamik itu sendiri. Selling Price yang diletakkan oleh bank sering dikecam. Di cop sebagai kejam. Jom kita kira kekejaman mereka.

🔘RAJAH 1: contoh Formula bank meletakkan selling price bagi satu asset 10.75% yang dijual berasaskan modal RM200K. Ini bermakna selling price asset tersebut adalah RM770,704 . Nett profit jualan tersebut adalah RM570,704 tetapi diberi kemudahan untuk membayar dalam tempoh 35 tahun. Nampak kejam kan? TERUSKAN BACA👇

🔘RAJAH 2: untuk menghasilkan nett profit RM570,704 tersebut, sebenarnya average annual profit bank cuma 3.93% setahun dari capital asal RM200,000. bermakna jika bank letak pada Fix Deposit pon boleh create keuntungan yang sama RM570,704 tersebut dalam tempoh 35 tahun tersebut. Kejamkah bank dengan average profit setahun 3.93%?

🔘RAJAH 3 : dalam Islamic Financing meletakkan Ibra'(Rebat) sebagai satu yang diwajibkan dalam guideline BNM . Ibra' dilakukan setiap bulan ke atas perbezaan selling price dengan effective rate. Effective rate sekarang 4.6% , Ibra' mungkin berkurang atau meningkat bergantung kepada kos berasaskan IBR. Berasaskan kiraan effective rate 4.6%, Ini bermakna keuntungan bersih bank sepanjang 35 tahun cuma RM202,754 berasaskan kos yang bank keluarkan atas modal asset RM200,000. Bermakna keuntungan 100% dalam tempoh 35 tahun. Kejamkah perbankan Islamik? termenung nak kira rules 72.

🔘RAJAH 4 : dengan modal RM200K , untuk bank mendapatkan nett profit RM202,754 tersebut seperti Rajah 3 di atas, average profit bank setahun cuma 2.02%. keuntungan cuma 2.02%? Kalau nak tau ini tidak ditolak lagi dengan kos bayar profit pendeposit dan lain-lain kos seperti gaji staff dan sebagainya . Kejamkah perbankan Islamik?

🔘RAJAH 5 : kalau kita ada cash 200K, letakkan dalam ASB dengan average profit setahun 8%, dalam tempoh 35 tahun, keuntungan bersih tidaklah banyak, cuma RM2,757,068✔. Jangan risau!! tiada siapa akan cakap kita kejam dan menindas . Bank yang cuma profit RM202,754 dalam tempoh 35 tahun tu jer yang menindas. Hmm. kan. Satu lagi , kalau lepas 35 tahun value Rumah kita naik 10 Kali ganda, jangan risau, orang akan cakap kita bijak melabur, mereka takkan kata kita kejam. Yang kekal dikata kejam Cuma bank Islamik yang tolong belikan dulu untuk kita yang tiada duit cash ni 35 tahun lepas. ‪#‎Sarcasm‬

Nampak seperti kiraannya lebih kurang sama dengan perbankan konvensional kan, perbankan konvensional sebenarnya tidaklah kejam tetapi tersesat jalan hingga menjurus kepada urusan Riba'. Perbankan Islamik muncul untuk mengembalikan fitrahnya, bukan menghalalkan Riba'.
Tolong share kepada kawan-kawan semua, minta mereka baca 5 kali untuk fahamkan betul-betul bahawa perbankan Islamik membantu, bukan menindas.

‪#‎MartabatPerbankanIslamik‬
-KEY-

Wednesday, 23 March 2016

PNB Galakkan Kewangan Islam


Kerana PNB terus menguasai pegangan ke atas Maybank , pada Jan 2008 telah tertubuhnya Maybank Islamic, hari ini Maybank Islamic telah menjadi Perbankan Islam terbesar di Asia Pasific, malah antara yang terbesar di dunia . Maybank Islamic juga telah mula menguasai Maybank sebahagian besarnya. Anda boleh faham sekarang mengapa PNB perlu menguasai syarikat-syarikat multinational ini? Bila menguasai , Kita mampu mendesak perubahan ke arah yang lebih baik . 

Terima kasih juga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan yang komited memantau usaha ini walaupon banyak mulut yang memperkecilkan anda . Kami yang memahami akan terus memberikan sokongan ke atas perubahan ini. Atas usaha dan nasihat MFK juga Panel Penasihat Shariah PNB telah diwujudkan. Kami yakin penambahbaikan sedang berlaku dari masa ke semasa dan kami sentiasa menyokong bukan dari sebahagiannya lebih suka kan kehancuran dan kemunduran daripada perubahan terlaksana. 

Panel Shariah PNB

Namun Kami juga memandang ia dari sudut positive bahawa ini adalah kontra sebagai desakan kepada perubahan ini dapat berlaku dengan lebih cepat dan berkesan.

-KEY-

Wednesday, 16 March 2016

Jom belajar Trick Scammer, Bagaimana bina 'Trusted' Penjerat Duit

Coretan kali ini hasil dari tulisan Tuan Khairul Ezuwan yang berkongsikan bagaimana Scammer ini mudah menubuhkan sesuatu skim Cepat Kaya bagi menjerat mangsa2 mereka.

1. Saya Ada modal RM100,000 cash. Saya buka satu skim yang ada 3 pakej pelaburan kepada orang ramai. TIARA RM400, WIRA RM4,000 & EXORA RM40,000

2. Untuk early stage bukan mudah untuk menarik pelabur, stage pertama adalah strategy untuk menjadi 'trusted'. Pada permulaan ramai orang ragu-ragu Tapi Nak tahu. Kebanyakan Orang ramai yang Suka mencuba akan letakkan pakej yang minima TIARA RM400. Pakej TIARA ini dijanjikan akan dibayar RM100 sebulan selama 3 bulan , matang bulan ke 4, mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 dan pakej ditamatkan. Contohnya 1000 orang masuk, total collection dapat RM400,000 . Duit ini cukup digunakan untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan. Duit modal Saya RM100,000 digunakan untuk membayar sebahagian kecil mereka yang stop pada bulan ke 4 . Kalau 100 orang stop saya kena keluar RM800 x 100 = RM80,000. Apa ada hal keluar sikit modal, asalkan trusted. Tengok nanti bagaimana saya sauk duit mereka balik.

3. Psikologi emosi dimainkan waktu ini dimana pelabur akan menjadi tamak sebab dengan hanya menunggu lagi 5 bulan akan dapat RM3600 disamping RM100 bulanan. Kebanyakan mereka tidak akan stop bulan ke 4 tersebut sebab menanti habuan yang lebih lumayan di hadapan. Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan bulanan RM100.

4. Pada bulan keempat tersebut pelabur-pelabur sudah termakan 'trusted' dengan dana tersebut disamping sebahagian kecil yang stop dan dapat RM800 tersebut menjadi bukti kononnya skim itu adalah sangat-sangat 'trusted'.

5. Waktu ini kepercayaan terhadap skim ini akan menebal. Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga, rakan office, sahabat handai, orang kampung melabur bersama kerana taksub dengan keyakinan tersebut. Diajak joint venture, kumpul modal ramai-ramai dan melabur.

6. Make it short. Contoh 1000 orang tadi yang sangat yakin dan dipukau dengan 'Trusted Scheme' upgrade kepada pakej Exora RM40,000. Duit tu mungkin dari joint venture, kumpul Duit orang, personal loan, jual harta, pinjam 'Along'. RM40,000 x 1000 = RM40,000,000. I

7. Hahahaha. Senangnya nak kaut RM40,000,000 dengan hanya membayar nilai lakonan 'Trusted'. Bila dah dapat duit, Masa ni Saya boleh istihar macam-macam. Paling senang kena rompak, kena tipu atau pecah amanah (tuduh jer Sesiapa pon) . Dan Saya tak mampu pulangkan pokok pelaburan tersebut kepada pelabur pelabur. Untuk meredakan amarah pelabur Saya minta tempoh 6 bulan untuk selesaikan & recovery, cukup 6 bulan Saya minta extent Lagi 6 bulan. Lama-lama mereka putus harap dan pasrah Duit tersebut telah hangus. Mereka akan lupa. Kan Memang ada pepatah 'Melayu Mudah Lupa' . Lepas kena tipu, kena Tipu Lagi dan Lagi tu dah biasa.

8. Nak bukti trick ni. Tanya orang-orang yang Mangsa Skim Emas dulu, betul tak asalnya dulu diorang masuk sikit jer. Lama-lama Sikap tamak menguasai diri , BERAPA RAMAI HILANG RATUSAN RIBU HINGGA BERJUTA LESAP SEKELIP MATA. Ramai yang dah pasrah pon Duit mereka lesap. Penganjur? Masih bebas ke sana kemari, paling teruk pon migrate ke oversea. Penganjur kecil pon ramai jadi mangsa keadaan. Tapi yang dikejar dan dapat cop scammer diorang ni la.

9. Harap pihak berkuasa memandang serius perkara ni. Cegah dari awal, bukan menunggu hingga ramai Lagi jadi mangsa. Ketatkan penguatkuasaan. Tegaskan hukuman.

10. Yang rasa sentap tu tak kira penganjur ke, agent ke, peserta ke meh Tengok link video ni dulu. Kalau rasa Nak tengok orang kolar putih dapat gelang besi dari real case . Silakan komen sekali senang nak 'detected'. Polis JSJK dan KPDNKK pon tengah mengintai tu.

http://youtu.be/y9vGblZBHTw

Tuesday, 15 March 2016

Undang-Undang buat Scammer

Rupanya ada jer undang-undang yang boleh menghukum para scammer di Malaysia.

TAPI undang-undang ini tidak berguna sangat kerana banyak jer orang atau company2 ini semakin berani mempromosi pelbagai jenis skim Cepat Kaya ini secara terbuka. Malah ada yang siap masuk TV lagi tu.

Betul tak apa yang Amir katakan?



Tiada Kejayaan Percuma

Amir sedar akan nilai sesebuah kejayaan hasil dari wang yang dilaburkan apabila menghadiri seminar2 yang berbayar ini. Malah melabur juga ke dalam bahan ilmiah kerana rasa pentingnya ada bahan rujukan dalam sesuatu bidang.

Masa Amir kerja makan gaji dulu, syarikat habiskan puluhan ribu ringgit menghantar Amir ke kelas dan course2 tertentu bagi meningkatkan kemahiran bekerja. Tetapi ilmu itu tidak digunakan sepenuhnya kerana Amir sendiri mengambil peluang tersebut untuk beristirehat sahaja sebab semuanya dibayar oleh company dari hotel ke tiket flight.

Apabila mula bekerja sendiri, semua belanjawan perlu dikeluarkan dari poket sendiri sehinggakan kelas rm30 pun berkira2 juga berbanding semasa kerja dahulu yang ada course sehingga rm3k (tidak termsk makan & penginapan). Dari situ, Amir mula menghargai setiap kelas atau course yang Amir hadir dan simpan semua materialnya sebagai rujukan masa depan.

Benda ini sama juga dengan apa yang dikongsikan oleh Mentor Amir, En Zul apabila kita diberi benda yang percuma, kejayaan seseorang itu tidak sampai ke mana samada pengisian kelas/course itu berkualiti rendah ataupun orang yang menerimanya tidak menghargai kualiti tersebut.

Jadi untuk berjaya, jangan tunggu ilmu dan kursus percuma. Amir pun belum pernah jumpa orang berjaya dengan percuma. Semua orang berjaya MEMBAYAR HARGA YANG MAHAL untuk berjaya. Kejayaan tak datang kepada mereka yang mempunyai MENTALITI SUBSIDI.

Monday, 14 March 2016

Emas LBMA Juga Kena GST Kecuali Public Gold

Sekarang berlaku sedikit kekalutan dalam mengimport emas masuk ke dalam negara disebabkan kerajaan turut mengenakan GST ke atas emas yang mendapat akreditasi LBMA (London Bullion Market Association) yang diimport BUKAN bertujuan sebagai Investment Precious Metal (IPM) e.g. untuk supply kepada kilang dan tukang emas.

Mulai Februari 2016, Jabatan Kastam mula menahan masuk emas-emas yang diimport dari luar negara, pengimport dikenakan GST bahkan ada emas yang terpaksa dipulangkan semula kepada supplier dari luar negara.

Dan buat masa ini, satu-satunya emas yang diimport dan bebas GST di Malaysia hanyalah emas Public Gold.

Dengan perkembangan terbaru, dijangka semua kilang-kilang emas tempatan dan juga peniaga emas yang lari dari GST sebelum ini akan KEHABISAN BEKALAN dalam tempoh 3 - 6 bulan.

Ini adalah BAD NEWS bagi industri emas tetapi Public Gold TERKECUALI dari hal ini. Dan peringatan kepada semua dealer, Public Gold tidak akan supply emas kepada kilang atau tukang emas demi mengekal kepercayaan daripada Jabatan Kastam bahawa Public Gold hanya menjual emas bagi tujuan PELABURAN SAHAJA.

Amir Marzhuki
Bandar Baru Bangi
Dealer Public Gold
PG00058738 (h/p:012-2372641)

Monday, 7 March 2016

Bagaimana Scammers Melarikan Diri?

Coretan ini Amir kongsikan dengan pembaca dari hasil tinjauan Tuan Azizi Ali

1. Saya pernah berkongsi taktik yang digunakan oleh badut2 scammers untuk memerangkap mangsa ke dalam scam mereka (sila baca post bertarikh 26 Okt dan 19 Dis 2015).

2. Kini saya terperasan taktik baru yang digunakan oleh badut2 scammers untuk menyelamatkan diri mereka apabila scam itu berkubur.

3. Langkah pertama yang mereka lakukan ialah untuk menyembunyikan sebahagian besar wang yang dikutip daripada mangsa2 mereka e.g. RM10 juta. Wang ini sudah tentu disimpan ditempat yang selamat dan tersembunyi (mungkin bank offshore).

Thursday, 3 March 2016

Buku Mencari Maut

Pendapat Amir, buku Mencari Maut ini sangat kena dengan Skim Cepat Kaya yang ada di Malaysia ini. Tuan Azizi Ali mengambil masa beliau untuk mengupas bagaimana ia boleh terjadi, bila akan terjadi, siapa mangsa mereka dan dimana ia akan beroperasi.

Amir memang syorkan kawan2 beli buku ini sebagai ilmu tambahan dikala ramai orang2 kita mudah terpedaya dengan tipu helah scammer ini yang tidak berhati perut. Harga buku pun tak sampai rm18 kalo hendak dicomparekan dengan duit yang hangus disambar Scammer.

Klik link ini untuk terus membeli buku
http://www.bookplanet.com.my/Mencari-Maut




Wednesday, 2 March 2016

Promosi Buku Berkaitan Kewangan & Pelaburan

Dalam 1 minggu ni, kecoh sebentar pasal kisah Skim Cepat Kaya yang terbongkar dan BNM juga ada update list terbaru mereka sebagai perhatian kepada rakyat Malaysia khususnya buat orang2 kita yang mudah terpedaya dengan Skim2 pelaburan seperti ini.

Beberapa mentor Amir juga pesan bila bab pelaburan ini, perlu ada ilmu. Kalau tak de ilmu, itu ibarat membunuh diri sendiri dan mungkin kita akan menarik ahli family kita sekali.

Amir kongsikan link tawaran istimewa oleh BookPlanet untuk buku2 mereka sebanyak diskaun 40%. Rugi rasanya kalau kawan2 tak grab peluang ini sebab ia datang bukan selalu. Apakata kita laburkan dulu duit (tak sampai rm50) untuk buku2 ini sebelum kita melaburkan rm50k ke dalam pelaburan yang kita yakin.