Wednesday, 15 June 2016

Betul ke Kadar Faedah Ar Rahnu sebanyak 16%?


Amir kongsikan dengan para pembaca hasil dari penulisan Tuan Azizi Ali apabila ada orang mengatakan beliau silap mengenai faedah Ar Rahnu kerana mereka sendiri rasai ialah 8%. Jadi, bagaimana angka 16% ini datang yer?

Jum kita sama2 baca perjelasan dari Tuan Azizi Ali

1. Saya telah menulis beberapa kali yang kadar faedah (aka caj upah) yang dikenakan oleh ar-rahnu adalah tinggi, boleh sampai 16% setahun. Sepertimana yang tertera dalam screenshots yang saya kembarkan, ada beberapa orang yang terkejut dan kurang percaya dengan kata-kata saya itu. Jadi inilah penjelasannya.

2. Sebelum itu, saya perlu menjelaskan yang saya seorang Chartered Financial Consultant (ChFC). Ini bermakna saya tahu cara untuk mengira kadar faedah dan pulangan (ROI) dan bukan main redah saja.

3. Pertamanya, seperti semua orang tahu, kos faedah pinjaman dikira atas jumlah pinjaman yang dibuat, dan bukan atas angka lain. Kalau kita pinjam RM100,000 (nak beli rumah yang harganya RM150,000), kadar faedahnya dikira atas RM100,000 tersebut (jumlah pinjaman), dan bukan atas RM150,000 (harga rumah).

4. Yang membuatkan ramai orang terlepas pandang apabila meminjam wang dari ar-rahnu ialah kerana kos faedah dalam ar-rahnu/pajak gadai yang dikenakan dikira atas NILAI MARHUN (nilai emas) dan bukan atas NILAI PINJAMAN. Ini tak salah dari segi undang-undang tetapi sudah tentu kurang tepat dalam finance. Ianya seperti bank mengatakan kos faedah pinjaman rumah (contoh 5%) di kira atas harga rumah (RM150,000) dan bukan atas jumlah pinjaman (RM100,000). Jika bank mengira begitu, sudah tentu jumlah bayaran nampak rendah kerana dibandingkan dengan harga rumah, tetapi ianya kurang tepat.

5. Baik, murid-murid, sekarang cikgu yang berikan contoh pengiraannya. Keluarkan kalam masing-masing:
6. Jadi upah simpan (aka kadar faedah) RM0.85 ar-rahnu dalam contoh ini ialah 15.69%. Ini amat tinggi sekali! Kalau tuan boleh caj sesiapa 15.69% setahun (atau 1.31% sebulan), tuan akan kaya raya dalam masa beberapa tahun saja.

7. Lagi satu poin yang ramai orang terlepas pandang: Bayaran RM510 itu hanya caj upah (faedah). Jika anda nak tebus balik emas tersebut, anda masih perlu bayar balik pinjaman RM6,500 tadi!

8. Semua ini juga bermakna bisnes ar-rahnu/pajak gadai adalah model bisnes yang amat power! Mungkin anda patut buka satu!