8 Langkah Mudah Habiskan Baca Buku Yang Di Beli


Anda suka beli buku tapi bila tiba bab membaca dan nak habiskan bacaan, sangat lambat. Buku yang dibeli 2-3 tahun lepas pun masih belum di baca. Akhirnya, buku-buku hanyalah jadi hiasan. Rak buku penuh dengan buku buku yang masih belum berusik. Suami/Isteri/Ibubapa dah bising sebab dah guna duit beli buku, tapi tak dibaca. Membazir. Ramai yang hadapi situasi ini kan? 

Kami kongsikan tips dan 8 langkah mudah untuk anda menghabiskan bacaan buku-buku yang dibeli. Langkah mudah ini, kami sendiri sudah lakukan.

Hasilnya dari tahun ke setahun, bilangan buku yang kami baca semakin bertambah, alhamdulillah. Jadi, apabila ada jualan buku murah, pesta buku, anda boleh beli tanpa rasa bersalah. Tiada orang yang boleh larang anda, sebab anda baca hampir semua buku yang di beli! 🙂

#1 LETAKKAN TARGET REALISTIK

Letakkan target senarai buku yang mahu anda baca untuk sesuatu bulan atau tahun. Contohnya, brp buah buku dan buku apa yang hendak di baca dalam setahun. Sekarang adalah masa terbaik untuk anda menentukan secara kasar buku yang menjadi pilihan untuk pembacaan anda tahun hadapan. 

Sebagai contoh, ini adalah target minima untuk tahun 2016:
3 Buku Motivasi Diri & Produktiviti: 
1. Less Doing More Living
2. Eat That Frog (Edisi BM),
3. The Leader in You (Edisi BM)

#2: TENTUKAN TEMPOH

Setelah anda menetapkan target senarai buku yang anda mahu baca untuk tahun 2016, langkah seterusnya ialah menetapkan tempoh pembacaan anda bagi setiap buku. Seperti senarai di atas, anda mempunyai 12 buku untuk di baca dalam setahun. Ini bermakna, secara kasar, 1 buku untuk dibaca dalam sebulan. Semestinya ini adalah panduan awal anda sebagai persediaan. Anda bebas menambah senarai bacaan anda jika di rasakan sesuai.

#3: SUSUN & ‘ORGANIZE’ TARGET BACAAN ANDA

Setelah anda menetapkan tempoh bacaan ada dalam setahun, susun senarai bacaan anda mengikut bulan & ‘preference‘ anda. Dalam artikel ini, ada 12 buku untuk di baca dalam 1 tahun (12 bulan). Jadi, senarai anda yang disusun adalah seperti contoh ini:

Januari 2016: Less Doing More Living
Febuari 2016: Islam & Kepelbagaian
Mac 2016: Think and Grow Rich
..
..
Disember 2016: Natrah: Cinta, Rusuhan & Air Mata

#4: ‘SCAN’, ‘SKIM’ BUKU SEBELUM MULA MEMBACA

Untuk pembacaan yang dipilih setiap bulan, sebelum anda mula membaca, pastakan anda scan, skim buku tersebut, lihat sinopsis, jumlah muka surat, bilangan tajuk (chapter) dan susunan kandungan buku. Dari situ anda dapat idea awal bagaimana cara & tempoh terbaik untuk membaca buku itu dan menentukan strategi pemgambilan nota sepanjang pembacaan. Mendapat gambaran awal tentang buku akan melancarkan proses pembacaan anda

#5: TENTUKAN TARGET JANGKA PENDEK

Jadi sekarang anda telah dapat gambaran awal tentang buku yang mahu di baca. Seterusnya anda boleh menentukan target jangle masa pendek, bagaimana mahu selesaikan pembacaan dalam masa 1 bulan, contohnya. Ada 2 cara biasa digunakan:

Cara 1: Anda semak jumlah muka surat buku ialah 180. Jadi dari situ anda bahagikan jumlah muka surat dan bilängan hari dalam sebulan. Anda akan dapat capai 180 muka surat/30 hari : 6 muka surat sehari.

Cara 2: Anda semak jumlah tajuk buku (chapter) ialah 8 tajuk buku. Jadi, anda bahagikan jumlah chapter dengan bilangan minggu dalam sebulan. Anda akan dapat capai 8 chapter/4 minggu: 2 chapter seminggu.
Anda boleh sesuaikan mana mana metod dengan aktiviti dan tanggungjawab harian, mingguan dan bulanan anda.

#6: TENTUKAN MASA UNTUK DIRI SENDIRI DALAM MASA SEHARI

Dalam masa 24 jam, anda kenalpasti bilakah waktu yang anda boleh dedikasi untuk diri sendiri dan melakukan perkara yang anda gemari. Dalam kesibukan aktiviti anda seperti berkerja, menguruskan keluarga, menghadiri kelas, dan lain-lain, tentukan 30 minit minima untuk diri anda sendiri. Contohnya:

30 minit dalam perjalanan LRT atau Bas?
30 minit sebelum tidur? 30 minit sewaktu menyusukan anak? 🙂

30 minit sewaktu anak membuat aktiviti mereka (siapkan homework, artwork atau bermain)

30 minit selepas solat isyak? 30 minit selepas solat subuh?
Tempoh 30 minit minima ini dipanggil quality time for oneself. Ia adalah masa yang kita dedikasi untuk diri sendiri untuk self enrichment, belajar, membaca, menulis dan pelbagai lagi. Dalam situasi ini, anda akan menggunakan 30 minit minima ini untuk membaca bahan bacaan yang akan menambah nilai untuk diri anda.

#7: JAUHKAN GANGGUAN – ‘DISCONNECT TO CONNECT’

Sepanjang tempoh quality time ini, pastikan anda memutuskan diri anda dari gangguan media sosial, TV dan lain lain. Pastikan ia digunakan dengan efisien, dan sambung aktiviti lain anda setelah tamat 30 minit. Proses ini memerlukan latihan dan cuba konsisten selama 30 hari agar anda benar benar berjaya memutuskan diri anda dengan gangguan disekeliling anda.

Uji tempoh pembacaan yang anda tetapkan dalam tip #5 dengan masa 30 minit. Dapatkah anda capai target jangka pendek anda dengan jumlah quality time yang anda tetapkan. Anda boleh ubahsuai dan perbaiki target & tempoh masa ini agar ia boleh dicapai. Penting untuk anda menetapkan keazaman untuk mencabar diri sendiri dan lihat sejauh mana anda boleh ‘stretch‘ diri anda. Ada pelbagai cara untuk membaca dengan lebih cepat & efisien. Tips sebegini membantu anda menyelesaikan bacaan anda dalam masa yang ditetapkan.

#8: KONSISTEN
Teruskan lakukan langkah langkah di atas hingga ia menjadi habit. Jika anda meneliti ritual hidup artisan, ilmuan, mereka mempunyai masa berkualiti untuk diri sendiri dan ia dijadikan habit hingga dipanggil daily ritual, meskipun mereka juga ada komitmen lain seperti mengajar, aktiviti kemasyarakatan dan tanggungjawab keluarga. Kisah harian ini boleh anda dapati dari buku Daily Rituals: How Artists Work.

Bagaimana cara nak konsisten?

1. Pastikan anda bermula dengan target kecil dan mampu dicapai, uji target tersebut, ubahsuai dan tambah target secara berkala.

2. Raikan kejayaan kejayaan kecil supaya motivasi diri & tahap keyakinan diri anda sentiasa tinggi.

3. Libatkan diri dalam aktiviti literasi, bedah buku, perbincangan buku untuk mengekalkan momentum pembacaan anda. Apabila anda mendapat kawan (secara virtual atau fizikal) yang membincangkan hasil & input dari pembacaan anda, prosesnya menjadi lebih seronok.

4. Tuliskan output pembacaan anda samada dalam bentuk journal ataupun bulletpoint. Kongsikan dengan rakan facebook anda tentang reviu buku yang anda baca. Dengan feedback dan galakkan dari kawan-kawan, inshaallah anda akan berasa lebih bersemangat untuk terus membaca buku dan berkongsi.

Selamat mencuba!

Penulisan ini kredit to blog warongbooku

Post a Comment

0 Comments