Thursday, 12 January 2017

Skim Cepat Kaya : Zenith Gold


Banyak saya terima feedback yang menyatakan bahawa Zenithgold menjawab kembali ulasan muamalat.my dalam isu riba mereka. Sebenarnya saya tak berapa nak ulas sebab skim itu adalah skim bohong, jadi mereka boleh jawab dan tukar jawapan bila-bila masa sebab mereka tidak pernah ada kontrak bertulis.

1. ZG dakwa mereka tak pernah jamin keuntungan dan modal, jadi mereka bukan riba. Kita nak tanya balik, kalau ZG tak jamin keuntungan dan modal, kenapa mereka janjikan keuntungan berkali ganda? Dan akad apa yang mereka gunakan? Adakah akad musyarakah dan mudarabah? Yang pasti, tidak ada akad, dan kontrak antara ZG dan peserta adalah batil kerana tidak ada akad. Akad batil juga haram di sisi Syariah.

2. Selepas ahli masuk ZG mereka tidak lagi boleh keluarkan duit mereka sehingga cukup tempoh matang. Ini akad jenis apa? Dalam mana-mana pelaburan, anda boleh keluarkan semula duit masing-masing sebelum tempoh matang, sama ada dengan menjual share pada harga hari tersebut ataupun withdraw deposit.

3. ZG adalah pelaburan gharar kerana ZG tidak berdaftar di mana-mana negara di dunia. ZG cuma ada laman web yang diuruskan oleh ORANG MALAYSIA yang mendakwa mereka berpangkalan di UK. Buktinya sampai sekarang geng2 ZG tidak pernah mengeluarkan penyata kewangan tahunan pelaburan mereka dalam web palsu zenithgolds.com tu. Mana-mana syarikat yang menjalankan pelaburan yang sah, akan mengemukakan pelaburan tahunan. Oleh kerana pelaburan ZG tidak jelas, maka ia termasuk dalam hukum gharar fahisy yang haram.

4. Dakwaan ZG mereka berdaftar di UK adalah palsu, syarikat zenithgold limited di UK tidak ada kena mengena langsung dengan ZG yang buat 'pelaburan emas' di Malaysia. Zenithgold UK adalah syarikat sewaan bangunan dan hartanah dan tidak ada anak syarikat atau cabang bisnes lain. Saya sendiri sudah meneliti dan memiliki laporan kewngan tahunan zenithgold di UK itu yang mana anda pun boleh beli dengan harga USD10 sahaja. Bukti yang paling ketara ialah dalam website zenithgolds.com anda tidak akan jumpai satu pun Nombor pendaftaran ditulis dalam laman web.

5. Dakwaan laman web sekuriti tinggi SSL dan tidak ada kena mengena dengan pelaburan dan syarikat yang tidak wujud. Sesiapa sahaja boleh buat laman web begitu dan cuma beli dengan mana-mana provider tanpa perlu ada daftar di mana-mana negara. Logo-logo syarikat emas dalam website ZG itu sesisapa sahaja boleh dakwa dan jangan percaya kepada website yang berselindung tanpa syarikat berdaftar.

6. ZG dakwa mereka melabur dalam BURSA SAHAM DUNIA. Ini sudah cukup bukti bohong. Mana ada Bursa Saham Dunia. Jika ZG melabur dalam emas, sama ada harga mereka perlu ikut turun naik emas, atau mereka akan labur dalam mana-mana syarikat emas. Tapi ZG bukan labur dalam emas, juga bukan dalam syarikat emas. Harga emas sejak 3 bulan terakhir ini melambung naik dan menerjun turun, tapi ZG masih offer keuntungan harian pada waktu harga sedang turun.

7. Emas jongkong yang anda lihat itu emas yang dibuat di Malaysia saja. Anda juga kena berhati-hati sebab ZG tidak berdaftar di mana-mana dengan kata lain emas ZG tidak dapat dipastikan ketulenannya kecuali di buka Cert dan di uji di kedai-kedai emas. Walaupun ada yang tulen, tapi oleh kerana ZG tidak berdaftar di mana-mana, maka boleh jadi saja dicampurkan.

8. Tidak berdaftar di Malaysia, bererti ZG TIDAK BOLEH kutip duit rakyat Malaysia. Risikonya WANG YANG DIKUTIP sendang di selewengkan kerana tidak berdaftar di Malaysia dan tidak ada sesiapa yang memantau. 'Pelabur' yang tidak pernah kenal pelaburan emas cuma melihat nombor dalam website dan berharap dapat untung dalam 400 hari. Sedangkan keuntungan itu cuma diambil daripada pandaftaran insan-insan bodoh jahil yang baru.

Sekali lagi pesan saya kepada rakyat Malaysia, jangan terdesak sangat cari duit haram melalui Zenithgolds.

7 comments:

Anonymous said...

Mantop!! Teruskan lg bg pencerahan supaya tiade lg mangsa yg kbanyakanyye bangsa M... Yg peliknye xde pn bangsa2 yg maju lain( mat saleh, jepin, korea) berebut2 utk melabur k dlam pelaburan yg terhebat d dunia... Pelik??

Nordin Abd Rahman said...

Banyak membaca, makin keliru siapa yg betul dan siapa yg salah..😁

Unknown said...

Salam,aku telah melabur dalam zg sejak tahun lepas lagi..hingga cukup 400hari aku wihtdraw seperti waktu dijanjikan..setiap bulan withdraw aku masih dalam prosesing...hinggalah sekarang terus di tutup akaun zg aku dgn tiada ape2 info atau email dari pihak zg..cuma yang dapat tahu dari ahli2 atasan dijanjikan selesai bulan sept 2017 ni..jika ade rezeki aku adelah..jika tkde ini pemgalaman pertama aku dalam biz macam ni...moga akan datang jadi iktibar utk aku

Anonymous said...

September dah nak abis bro. Dah dapat ke duit tu?

Teringat ada dua ladies approah aku. Kejar aku dua hari. Aku bagi chance explain depan aku tapi tak boleh jawab bila aku minta audit report. Kesian. Diorang tu claim accountant bank tapi dan nampak baik baik tapi sudahnya jadi macamtu.

hafifi said...

Korg bnde2 cmni xpayah percaya..baru2 ni ethrade dah bungkus..diorg mmg akn bg wd pd asalnye spye akn tmbh pelabur,dah ckup limit,diorg blah..

NNOsman said...

Tepat sekali !

NNOsman said...

Pada aku nak melabur ni

(1) kena ada ilmu
(2) jangan terikut-ikut orang
(3) and no such thing as free lunch...maksudnya nak duit kena usaha la...mana ada benda yang senang.

Ramai orang yang cari cara buat duit dengan mudah ni ..tapi usaha malas...patu start la melabur dalam skim2 cepat kaya ni..patu duit hilang...diri sendiri yang rugi...